CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 1

Lepas Kes Cabul, Muncul Lelaki Panjat Kereta & Sembur Pemadam Api Di Tamarind Square

[Copy link]
Post time 13-8-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Rakaman seorang lelaki berkelakuan aneh di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, Cyberjaya mengundang pelbagai reaksi di media sosial.


Posting tular yang menggabungkan rakaman dashcam dan kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 11 Ogos itu menunjukkan lelaki tersebut secara selamba memanjat bumbung sebuah kereta.




Rakaman tular memaparkan seorang lelaki berkelakuan aneh di Tamarind Square, Cyberjaya.




Pelaku yang berseluar pendek hitam dan berbaju merah itu dilihat cuba membuka but sebuah kereta sebelum mundar-mandir di lokasi itu tanpa hala tuju.


Selepas menyelongkar bakul sebuah motosikal, lelaki itu turut bermain dengan alat pemadam kebakaran sehingga lokasi itu penuh dengan debu berwarna putih.


"Caught on CCTV and dashcam. Lelaki berkelakuan pelik di parking lot Tamarind Square. Kejadian pada 11 Ogos 2022," tulis pengendali Twitter @Twt_Cyberjaya.





Video: @Twt_Cyberjaya



Difahamkan, video itu dikongsi oleh dua individu dikenali sebagai Sandy Lim dan Dr. Rafiq menerusi saluran Telegram Warga Cyberjaya.


Video yang dikongsi semula menerusi Twitter @Twt_Cyberjaya pada Sabtu meraih hampir 50,000 tontonan.


Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya yang menetap dan bekerja di Cyberjayat menyuarakan rasa bimbang akan kehadiran lelaki itu.


Beberapa individu turut membuat spekulasi bahawa lelaki itu berkelakuan aneh kerana berada di bawah pengaruh bahan terlarang.




Kelihatan kepulan debu putih daripada alat pemadam kebakaran memenuhi ruangan parkir itu.




"Tak mabuk, mesti khayal. Tapi saya berani bertaruh dengan wang bahawa dia sedang khayal.


"Habis stok kot sampai tak keruan," tulis beberapa pelayar Twitter.


Dalam pada itu, orang awam turut menyuarakan kebimbangan untuk berkunjung ke lokasi tersebut memandangkan ia bukanlah kejadian pertama yang berlaku.


Memetik laporan Astro Awani, polis pada April lalu turut menahan seorang pekerja penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir Tamarind Square.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 03:06 PM | Show all posts
Ni mesti lepas tengok Breaking Bad nak try ice
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062634 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list