View: 3914|Reply: 38
|
"Dibayar Berpuluh Ribu Untuk Menyanyi, Bergelek Yang Bagi Saya Makan" - Ifa Raziah
[Copy link]
|
|
Sedia maklum namanya sekali lagi disebut-sebut selepas videonya bergelek dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan.
Kredit foto: IG
Berkata kepada Kosmo! Online, penyanyi dan juga usahawan itu menjelaskan terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya iaitu majlis akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.
“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.
“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan.
“Sebagai penyanyi dangdut, apa yang saya kena buat adalah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Ifa juga menegaskan bahawa dia membuat persembahan hanya selepas ahli agama (ustaz) beredar dari majlis.
“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.
“Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.
Dia juga menganggap tarian geleknya itu bukanlah suatu masalah besar kerana dia dibayar untuk melakukannya.
“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.
“Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Netizen tidak tahu apa-apa kemudian timbul salah faham,” tambahnya.
Terdahulu, kecoh apabila Ifa dikecam menggamatkan suasana majlis akikah dengan tarian gelek bersama beberapa personaliti lain termasuk Kak KM.
Berpuluh ribu dibayar, takkan Ifa tak nak gelek kan? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi je lah nenek jubo layut nak menopos dah ni bergelek.. dia cari makan kan katanya... halal tak halal dia yang tanggung... mungkin dah tua nanti dah senja2 ke sore dia bertaubat agittewww... kalau terlambat pun heshe yang tanggung... acik porum malas nak layan dah... tengok pun tak kosserrr nak bagi clout ke views dekat bapok2 tua nak menopos dekat majlis scammer tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah nynyi la suara bkn sedap pun, bella yg bkn penyanyi tu pun lg sedap suara dari hang kak |
|
|
|
|
|
|
|
Template jawapan utk org yg sedang diuji dengan kemewahan |
|
|
|
|
|
|
|
gelek yang bagi makan???
"Dalam mencari rezeki,
jangan lupa Pemberi rezeki."
niat tak menghalalkan cara
nak cari makan, buat la benda yang tak menimbulkan fitnah
yet again, nothing works with these people..
hatinya dah keras, dah mati.
aku benci dengan sepenuh hati
itu je yang mampu |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi geli dengan Kak KM haha |
|
|
|
|
|
|
|
Saper la bayar dia puloh2 ribu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Datin seri mana jemput goyang gerudi ni? Rempit betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Tokey jamu tu aku perati dia kalau ada majlis apa² terus nampak majlis jadi murahan macam buat majlis kat dewan sekolah. Pakaian tak kena, attitude lagi laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
So kalau ikut logik ko,
Pelacur pun xpe keje sebab projek tu sumber duit die, x gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 12-8-2022 11:39 PM
Datin seri mana jemput goyang gerudi ni? Rempit betul.
bini anaconda |
|
|
|
|
|
|
|
Dato seri dgn datin seri?
Apo?masa kena jail kt title palsu dato tu
Ni tup2 dato seri? |
|
|
|
|
|
|
|
1.2 Juta warga China tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
O... majlis ulangtahun perkahwinan. Patutlah berhibur sakan. Dlm thread yg satu lagi sebut dlm majlis akikah, terkejut ler aku semalam. Rupanya 2 majlis di mlm yg sama. Seeloknya, kalau nak berhibur gaya begitu, buatlah pada hari yg berbeza agar tiada kekeliruan dlm pandangan masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Seteru dah berbaik ker acik liza vs kilometer?
Baidewei, apo2 lah acik ipah. Bergelek tatap tak seksi yach. Ditambah dengan penari latar kertu2 bodi gelebeh terutama ratu jamu tersohor kununnya. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 12-8-2022 06:17 PM
bagi je lah nenek jubo layut nak menopos dah ni bergelek.. dia cari makan kan katanya... halal tak h ...
Lantaknya.. Allah tego nanti tanggung |
|
|
|
|
|
|
|
Jahil dan sombong seiring jalan..kalau bebi sima tu ada la jugak sedap tengok..ko????? |
|
|
|
|
|
|
|
tu laa ipah dah lupa dengan YANG MAHA PENCIPTA dan PEMBERI REZEKI |
|
|
|
|
|
|
|
Gelek2 depan jantan dosa cik kak oii.. Jd haram pendapatan tu.. Sebab tu lah dh tua pun perangai tak senonoh lagi. Pergilah Mekah 100kali pun kalau guna duit hasil pendapatan dari perbuatan lagho tak dpt apa2 ganjaran.. Setakat dpt pergi melancong ajerlah. Mudah2an Allah jentik hati cik kak ni utk bertaubat sebelum ajal |
|
|
|
|
|
|
| |
|