Sumber Harian Metro
Memuat naik hantaran di Instagram memaklumkan ketidakhadirannya pada acara Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta, aktor Datuk Adi Putra yang dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu bagaimanapun tidak dapat memberikan sebarang jawapan.
Aktor berkenaan meminta pihak Harian Metro menghubungi Studio Kembara.
Hantaran tersebut tidak hanya berbaur sindiran tetapi juga seolah-olah menyelitkan rasa tidak puas hati apabila pihak Studio Kembara sukar untuk dihubungi.
Sementara itu, Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali ketika dihubungi berhubung hantaran dimuat naik pelakon utama filem Mat Kilau itu menjelaskan dia pun baru sahaja mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh rakannya.
"Saya tak pasti siapa yang hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.
Abdul Rahman Mt Dali
"Tunggu saya dapat respons staff dulu. Ada ke Adi Putra call tapi tak jawab. Pagi ni mereka mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam," katanya menerusi mesej Whatsapp kepada Harian Metro.
Muat naik yang dibuat oleh aktor kelahiran Singapura itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk spekulasi membabitkan bayaran dan pemberian bonus.
Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, tidak ada sebarang isu dibangkitkan sebelum ini.
"Tak ada apa-apa isu sebelum ini," katanya ringkas. - CARI
|