Sumber IG
Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir pelakon baharu yang hanya mengejar populariti semata-mata.
Michael menerusi akaun Instagram berkata, untuk menjadi seorang pelakon, seseorang perlulah mempersiapkan dirinya terlebih dahulu terutama sekali memiliki ilmu lakonan.
"ening dan fed-up. Semua nak jadi pelakon. Mari aku bagitahu sikit, jadi pelakon itu bukan untuk glamour sahaja, kena ada bakat dan ilmu berlakon. Bukan masuk set penggambaran satu benda pun tak tahu.
"AKhirnya, aku yang kena tunjukkan cara berlakon kemudian kau tiru. Kalau macam itu, baik aku bayar aku bukan aku bayar kau!" tulisnya.
Katanya lagi, mereka yang 'gila glamour' boleh melakukan cara lain demi sebuah populariti sebagai contoh menggunakan platform TikTok.
"Kalau nak glamour cepat dan tak menyusahkan orang, buat sahaja benda-benda bodoh dekat TikTok dan post. Tak menyusahkan orang.
"Kepada yang nak berlakon, hadam ini. Jangan buang masa dan jangan ingat muka cantik dan banyak pengikut nak demand itu ini. Contoh harga tinggi sedangkan bakat langsung tiada," katanya. - CARI
|