Kuala Lumpur: Keakraban pelakon Wan Sharmila dengan ibu kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Salamiah Jalani ketika majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya daripada orang ramai.
Rata-rata mendakwa Wan Sharmila atau lebih dikenali Lala bakal menjadi menantu baharunya dan seakan-seakan sudah mendapat 'lampu hijau' daripada ibu Shuib itu.
Tampil menjelaskan segala kekeliruan yang berlaku, Salamiah berkata, kehadiran Lala pada majlis itu hanyalah memenuhi jemputannya sebagai tetamu.
"Soal jodoh Shuib biarlah dia yang tentukan. Saya enggan masuk campur sebab dia yang akan melalui kehidupan itu nanti. Namun, sebagai ibu saya sentiasa mendoakan agar dia bertemu wanita yang baik dan mampu menjaga seluruh keluarganya. Saya senang bersama Lala. Kami mudah mencipta keserasian dan orangnya sangat lemah-lembut," katanya.
Menurut Salamiah, dia juga tiada masalah untuk mendekatkan hubungan Lala dengan Shuib, namun segala keputusan terletak kepada tuan empunya diri.
"Saya tahu Shuib melalui fasa yang sukar sepanjang setahun ini. Dia banyak menyendiri dan mencari kekuatan untuk melalui kehidupan. Sebagai ibu tentulah saya sedih jika melihat anak saya tidak gembira. Kami semua reda dan percaya arwah berada di tempat yang cukup indah di sana.
"Saya akui masih terlalu awal untuk berbicara soal pengganti, biarlah masa yang menentukan segalanya dan kita serahkan kepada takdir Ilahi. Biar dia yang pilih pilihan hatinya dan selepas itu bawa jumpa saya untuk kenal lebih mendalam," katanya.
Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.
Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan keterangan gambar, 'biar gambar berbicara' yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.
makcik punggggggggg !!! mengundang sgt .. ni la org ckp lebih sudu dari kuah ..
kot la makcik suka tp anak tak suka mcm mana ? lbh sedih kalau makcik suka, anak suka tp WS yg tak suka .. haruu
Post time 11-8-2022 05:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by stingergrumpy at 11-8-2022 05:19 PM
LadyCarefree replied at 11-8-2022 05:13 PM
Kalai xpasal rindu minik maka pasal jodoh. Eeewwwww seob
Bahagian masing masing LC...sedangkheun ko sendiri mungkin takda nikmat seperti ini selain meratib...."esok pagi nak cari kayu...nak cari kayu nak cari kayu...."
Post time 11-8-2022 10:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
stingergrumpy replied at 11-8-2022 04:25 PM
Ko belum capai level dia....aku boleh paham...
Dunia ko adala kerja kerja kerja kerja kerja....
Funny how I have been on sabbatical leave almost 3 tahun dah. Hehehhhh my dad worked hard all his life. Workaholic sangat. I dont wanna be like him. Lagipun he made and saved more than enough for us all.
Post time 11-8-2022 11:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku lagi kesian dekat lala dari syuib...at least syuib ada mak and Ada anak2...dia cuma hilang isteri je...tapi lala ni sambut raya pun sorang2..parent dah takde..adik beradik 2 org je...sampai Tutup
phone taknak tgk org sambut raya...semoga bertemu jodoh yg baik utk lala...
Post time 11-8-2022 11:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
LadyCarefree replied at 11-8-2022 10:30 PM
Funny how I have been on sabbatical leave almost 3 tahun dah. Hehehhhh my dad worked hard all his ...
Takda yg funny pun...it's the choice that you make so too your daddydoo...apa yg peliknya?
Ko taknak kerja all your life sekalipun bukan satu jenayah kheunz?
Tapi bila dan kalau ko ada tanggungan nanti....dan rasa ada tuntutan utk ko kerja sekadar seadanya it's your choice too dan it will be a bigger bonus kalau ko tahu macamana you can grow dough on trees....kheunz?
Sedangkheun ulat gonggok iteww boleh hidup.dlm tanah kheunz?
Post time 11-8-2022 11:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
grosouraus replied at 11-8-2022 11:13 PM
Aku lagi kesian dekat lala dari syuib...at least syuib ada mak and Ada anak2...dia cuma hilang ister ...
Kesian WS ni kan.. aku suka dia sbb lembut je org nye..tp kalo Shuib nk kawin gan dia..jgn beranak ramai2..seorg dua anak dah cukup..aku yg trauma pasal arwah Citi Sarah ni..
Post time 11-8-2022 11:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ina_na replied at 11-8-2022 11:24 PM
Kesian WS ni kan.. aku suka dia sbb lembut je org nye..tp kalo Shuib nk kawin gan dia..jgn beranak ...
Memang dah sampai situ je umur Siti Sarah beranak Dan COVID Tu cuma asbab je..yg penting pengakhiran dia baik...Ramai yg mendoakan..suami dgn ayah dia pun redha dgn dia...kalau Ada jodoh Lala dgn syuib..mmg rezeki Lala lah di umur 40 tahun tiba2 dpt 4 org anak dan ada keluarga sendiri...raya tahun depan mungkin dia akan jadi mak2 org yg busy masak rendang kat dapur n siapkan anak Di pagi raya..betullah kalau Allah nak ubah nasib seseorang Tu sekelip Mata je ..