Alicia Amin tampil bersuara terhadap isu pembayaran model yang tertangguh terlalu lama oleh pihak Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).
Menerusi Insta Stories, Alicia menitipkan ucapan terima kasih terhadap pengasas KLFW yang membuat pembayaran setelah berlaku kekecohan yang dicetuskan oleh para peragawan yang menuntut pembayaran.
Andrew & Alicia - Foto: The Vives & IG Alicia
Tambahnya, dia telah berbual dengan pengasas KLFW itu untuk menjernihkan keadaan.
Dalam pada itu, Alicia turut menitipkan pesanan kepada para peragawan untuk menuntut pembayaran yang masih belum dijelaskan oleh pihak KLFW, malah dia turut menyifatkan bahawa kini adalah masa yang terbaik untuk para peragawan mendapatkan semula apa yang menjadi milik mereka.
Sumber: Murai |