Gambar hiasan.
Apabila lebih segelintir masyarakat meletakkan kulit putih dan bersih sebagai sebagai penanda aras kecantikan seseorang, ada sesetengah ibu hamil yang mengimpikan anak mereka memiliki kulit cerah sanggup 'menelan' produk pemutih dengan harapan anak turut mendapat kesan tersebut.
Memetik laporan mStar, seorang pengamal perubatan, Dr Nurul Mutmainah menerusi perkongsiannya di TikTok menjelaskan risiko yang akan dihadapi wanita hamil gara-gara tindakan mereka mengambil produl pemutih.
Dr Nurul turut berkongsi pengakuan daripada seorang wanita hamil yang menghadapi masalah pada kandungannya akibat pengambulan produk pemutih kulit dan suplemen bagi menurunkan berat badan.
"Dulu selalu educate pasal jamu, produk putih, pil kurus dan lain-lain. Penuh komen-komen yang negatif dan kecaman. Siap ada seller cakap kami doktor ni ada penyakit hati dengki.
"regnant atau tidak, kami memang tak advice ambil produk pelik-pelik. Tapi, ramai memilih memilih untuk percaya seller atau founder berbanding kami," katanya. - CARI
|