CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

Berang Ditegur, Penagih Dadah Tetak Warga Emas 73 Tahun

[Copy link]
Post time 10-8-2022 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan


Seorang warga emas cedera di kepala selepas ditetak oleh lelaki menggunakan parang dipercayai berang apabila ditegur oleh mangsa berusia 73 tahun itu.



Menerusi laporan Harian Metro, mangsa bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang berlaku di Kampung Lok Kurai Selanggan, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 45 tahun itu tidak bekerja dan penagih dadah.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah






Ketika kejadian, suspek dikatakan mengganggu penduduk dengan membaling batu dan kayu ke rumah penduduk di kawasan itu tanpa sebab.



"Mangsa cuba menegur perbuatan suspek dan ia dipercayai menyebabkan suspek berang sebelum balik ke rumah untuk mengambil sebilah parang.



"Suspek kemudiannya datang kembali dan terus menetak kepala mangsa," katanya dalam satu kenyataan.



"Sebaik menerima maklumat, polis terus menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lok Kurai.



Gambar hiasan


"Sebilah parang sepanjang kira-kira 0.6 meter yang dipercayai digunakan suspek menyerang mangsa turut dirampas," katanya.



Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076281 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list