View: 2389|Reply: 15
|
“Kalau Bukan Islam, Mungkin Saya Gila Atau Bunuh Diri,"-Niezam Zaidi Seronok Beribadah Dalam Penjara
[Copy link]
|
|
Niezam Zaidi akui detik hitam yang pernah melanda hidupnya sebelum ini nyata memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.
Menurut Nizam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi, mentalnya itu dikatakan sedkit terganggu lebih-lebih lagi membaca komen-komen negatif terhadap dirinya di media sosial.
Foto: IG
“Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah gila atau bunuh diri. Saya minta maaf kerana berkata sebegini. Banyak perkara yang telah berlaku pada saya. Mungkin orang lain lihat ia kenangan pahit, tapi bagi saya pahit itu adalah ubat.
“Isu kesihatan mental ini janganlah kita ambil mudah. Mungkin kita nampak orang lain tu luarannya okay tapi sebenarnya tidak. Sosial media kita punyai notifikasi dan kita boleh lihat komen-komen daripada netizen sama ada membina atau mengecam.
“Walaupun dengan membaca, tapi komen-komen sedemikian sebenarnya boleh mengganggu mental juga. Saya kena berhadapan dengan situasi sedemikian dan kerana itu saya berhijrah pulang ke kampung,” katanya kepada MH.
Niezam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra tonton super telemovie yang berjudul Kan Cheong di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Katanya lagi, disebabkan hal sedemikian, dia memutuskan untuk pulang ke kampung untuk mencari ketenangan dan melebihkan masa bersama keluarga.
“Saya ingin lupakan detik hitam tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Masa senang memang kawan kita ramai, bila susah, keluarga juga yang datang dulu. Masa insiden di Kuala Kangsar, papa saya yang datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.
“Mak saya pula sekarang tengah sakit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Selagi boleh berjasa, kita buat,” kongsinya lagi.
Nizam yang tidak dapat menahan sebak memberitahu, kekuatan yang diperolehnya ketika ini datang daripada semangat para peminat yang tidak henti-henti menyatakan sokongan terhadap dirinya.
“Orang ramai juga banyak bagi semangat pada saya. Kalau ikutkan, saya memang tak kuat nak hadapi semua ini. Komen-komen membina ini membuatkan saya menjadi tambah bersemangat dan Allah yang menjadikan saya kuat.
“Sejujurnya saya memang dah putus asa dengan kerjaya seni tapi apa yang papa saya katakan, telah mengubah persepsi saya.
“Papa ingatkan saya, kenapa saya masuk di dalam industri ini. Saya masuk untuk beri kesenangan pada keluarga.
“Jadi, saya pilih untuk bangkit. Mulanya saya ingat nama saya dah disenaraihitamkan tapi sebenarnya tidak. Banyak stesen tv yang hubungi saya untuk tawaran berlakon,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon asal Ipoh, Perak ini turut mendedahkan dia telah mendapat kemanisan ketika beribadah sewaktu ditahan di dalam lokap.
“Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu macam mana perasaannya. Tapi saya dapat perasaan seronok nak beribadah ketika di dalam lokap. Itu perasaan paling indah dalam hidup saya.
“Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah,” akhirinya. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni berlakon pn best.
blh bjaya lg klu ada peluang. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bukan islam je ke tiket dapat bunuh diri? vongokkk
semua agama la melarang umat nya dari bunuh diri. tu guna akal dan fikiran..
jangan salahkan either you islam or not , tiket utk bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
Dia hengat bukan islam pon takde Tuhan dengan hukuman Tuhan ke? Apa punya ignorance ni?!! |
|
|
|
|
|
|
|
tq
iols br nk post benda yg sama
anyway, time buat benda yg bkn2 xpk islam plk dak
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau non muslim dan kau pun pegang bunuh diri ni salah, kau tak yah la triggered. Dan kalau kau islam, tapi kau ada idea kau sendiri pun, tak yah triggered dengan ayat dia sendiri.
Daku tak nak sentuh bab mental health ni berkait dengan zikir ke solat ke apa ke. Tu terserah pada pandangan masing-masing. Semua orang dibesarkan dengan cara dan keadaan yang berbeza.
Tapi apa dia ckp ada betui, ni agaknya applicable pada yang practise ajaran islam lah kot.
Dalam islam haram bunuh diri, berdosa besar. Sapa yang attend kelas agama masa sekolah, dalam kelas pendidikan agama islam kami diajar, qada dan qadar. Dalam islam juga kami diajar, hikmah setiap kejadian. Dalam islam juga, kami diajar, berserah pada yang satu. Dalam islam juga, kami diajar tanggungjawab. Dalam islam juga kami diajar bersyukur. Banyak lah lagi aspek yang diajar. Semua ni berhubung kait dalam membantu seseorang bila nak buat satu2 keputusan.
Dulu bila ada mak pak mintak tak perlu wajibkan kelas agama, agak merisaukan juga. Kelas pendidikan agama dan kelas pendidikan moral adalah salah satu alternatif yang dapat membantu seseorang untuk membina diri/jati diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok ig dia dia delete abis dah ye gambar2 lama tinggal tak sampai 10 pun gambar. Bebetul mulakan yg baru nampaknya.
Tp dia ni kontroversi sekali tu jelaa kes ganja tu org pun takde la komen teruk2 rasanya retis lain lagi dasat kena kecam sbb hari2 ada kontroversi, thread kat forum pun purata 10 thread setiap bulan.
Tenang2 je la dik, lelama org lupa juga kalau takat satu je kontroversi melainkan ko ulang lagi dan lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
bakat ada tapi syg mendadih...si noni pun nth apa cerita sjk break ngn mamat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
diskriminasinya ko statement kalau bukan islam dh bunuh diri. jgn berfikiran jumud sgt sbb agama kafir pun takde yg suruh penganutnya bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
Tak herlookkk jadi malas nak kesah. sooo apa kena mengena ko islam ke tak dengan bunuh diri. Kenapa nak bunuh diri plak dah sendiri yang mendadih. Terima je la dan redha. |
|
|
|
|
|
|
|
Heols dengan pelakon pompuan ala2 pengkid tuew onz lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko keje le kepsi balik lepas ni badboy oi.. Tak pun pegi sondol kaknab yg angin kentut dari hindon kata dah cerai tu.. Dia suka species mcm ko ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ganja ja pon kannnn. Banyak negara dah legalize. Rokok lagi addicted kot. ada pembesar negara pon siap masuk rehab sbb addiction dadah lagi kuat tapi level bangsawan lagi. Elok ja. |
|
|
|
|
|
|
|
ashcroft86 replied at 10-8-2022 06:32 PM
Ganja ja pon kannnn. Banyak negara dah legalize. Rokok lagi addicted kot. ada pembesar negara pon si ...
Ganja je pown.. Asal dari pokok.. Kat Thailand siap buat ice cream lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadikan pengalaman hitam tu sbg pedoman supaya tak ulang kesilapan sama lg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|