View: 1640|Reply: 13
|
Parkir Untuk Kenderaan Hijau, Iriz Warna Hijau Pula Yang Selamba Masuk
[Copy link]
|
|
Satu ciapan di laman Twitter menarik mencuri perhatian ramai baru-baru ini, di mana gambar yang dimuat naik di media sosial menjadi perbualan hangat orang ramai.
Berdasarkan perkongsian di laman Twitter tersebut, gambar yang dimuat naik di media sosial ini memaparkan sebuah kereta jenama Proton Iriz berwarna hijau parking di kawasan zon untuk ‘kenderaan hijau’ di dalam sebuah pusat membeli-belah.
Foto: via Murai.my
Apa yang menariknya adalah, ramai pengguna media sosial memberi komen dengan mengatakan bahawa pemilik kereta tersebut tidak memahami maksud mesej yang dinyatakan di kawasan tempat letak kenderaan berkenaan.
Namun ada juga yang beranggapan sebaliknya, dan mengatakan bahawa pemilik kereta tersebut parking mengikut berdasarkan mesej tersebut.
“Secara teknikalnya betul lah. Dia tak cakap hijau yang macam mana, warna ke, atau euphemism apa-apa. Haha”
“Betul la tu kan”
“Tak salah mat.. Dari arahan memang betul! Saya sokong!” ciap warganet
“Patut kata ‘kenderaan tenaga hijau sahaja’ baru lah abang atau kakak tu faham”
“Eh bukan-bukan”
“Hahahaha senang lah toyol nak cari parking” ciap mereka.
Sekadar info, kenderaan hijau atau tenaga hijau merupakan kenderaan yang jenis mesra alam sekitar yang menggunakan elektrik, bateri, ethanol atau tenaga semulajadi. -CARI
Sumber: Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Payah bila tak faham arahan |
|
|
|
|
|
|
|
x semua org faham green vehicle apa...bukan semua org rajin membaca n suka amik tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sama ank aii kalau mintak tolong carikan parking jumpak petak parking green vehicle ni dia kata knp kereta kita warna grey..tidak boleh dah masuk parking situ..xramai org pakai kereta hijau katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my Allah well technically we can’t blame him hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
welll, betoi la dia tulis utk kenderaan ijooo kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
technically he / she is not wrong...haha
tp kalo aku la pakai kenderaan hijau, atau purple, cth nya bila ada parking mcm ni, mesti aku akan tertanya juga apa yg spesel nya kaler tu..
tp skrg ni semua sedia maklum , green tu maksud environement friendly...
sama ada pemandu dia tua sgt tak amik isu semasa atau mmg IQ slow...
atau sekadar utk viral
|
|
|
|
|
|
|
|
kereta baru.. bukan kereta lama.. patutnya tahu green vehicle tu untuk apa. takde alasan kata dia tak salah. u live in urban city and please go along with the rules. tapi hal kecik je pun, kecoh buat ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Ignorance does not make you innocent. |
|
|
|
|
|
|
|
Rosmah Mansor tau apa itu teknologi hijau certanya beliaw |
|
|
|
|
|
|
| |
|