CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1332|Reply: 9

[Politik] Kenapa DBKL kepung Padang Merbok dengan pagar besi, soal MP

[Copy link]
Post time 8-8-2022 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 8-8-2022 02:57 PM

Kenapa DBKL kepung Padang Merbok dengan pagar besi, soal MP
Diterbitkan:  Aug 6, 2022 1:38 PM



Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpul (DBKL) yang bertindak membina pagar besi di sekeliling Padang Merbok.

Anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Ahli parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil turut menyoal jika binaan itu merupakan reaksi kerajaan susulan kehadiran ratusan peguam yang menyertai himpunan menyokong badan kehakiman, pada Jun lalu.

Bercakap pada sidang media di Padang Merbok hari ini, mereka mendapati binaan pagar itu kelihatan berstruktur kekal dengan ketinggian lima kaki.

Yeoh berkata dia menerima aduan daripada orang awam berkenaan binaan tersebut beberapa hari lalu .




Katanya lagi, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias memberi respon melalui ciapan di Twitter bahawa binaan pagar itu susulan kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan.

"Timbalan menteri menyatakan DBKL sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf Padang Merbok manakala kontraktor terpaksa menutup dan memasang pagar untuk kerja naik taraf.

"Tetapi pagar itu kelihatan seperti struktur kekal dan ini tidak sepatutnya berlaku kerana di Kuala Lumpur kita ada Dataran Merdeka, Padang Merbok yang selalu dikunjungi orang ramai, apabila ada pagar seperti ini seolah-olah kita bagi mesej bukan semua orang boleh guna," kata Yeoh.

Jelasnya, keadaan itu tidak sewajarnya berlaku kerana di Kuala Lumpur tidak terdapat banyak padang untuk orang ramai menjalankan aktiviti riadah.



"Saya ingin bertanya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adakah ini reaksi kerajaan selepas protes peguam yang berjalan dari Padang Merbok ke Parlimen pada Jun lalu, adakah disebabkan protes itu?

"Saya mahu pagar ini diturunkan selepas kerja-kerja naik taraf siap. Saya mengalu-alukan kerja-kerja naik taraf, tetapi pagar mesti diturunkan supaya semua orang boleh guna (tempat ini)," kata Yeoh yang juga ahli parlimen DAP.

Tambahnya pembinaan pagar itu juga dilihat untuk menghalang rakyat daripada berkumpul sebelum berjalan ke bangunan parlimen bagi menghantar memorandum atau melalui protes.

"Padang Merbok, yang hanya kira-kira 300 meter dari parlimen, telah menjadi tempat berkumpul rakyat sebelum pergi ke parlimen untuk menghantar memorandum.

“Sekarang ini seolah-olah (kerajaan) enggan melihat bantahan dan suara mereka," kata Yeoh.



Sementara itu Fahmi berkata berdasarkan struktur pagar tersebut ia dilihat memerlukan belanja yang besar bagi pembinaannya.

"Jika pagar ini bersifat sementara seperti didakwa timbalan menteri, ia semestinya menelan belanja yang agak tinggi, biasanya kita lihat pagar seperti ini dibuat sebagai pagar kekal. Di Kuala Lumpur biasanya pagar seperti ini dibina dengan lebih rendah bagi melarang berlaku aktiviti tertentu contohnya aktiviti jenayah.

"Ini menghantar satu isyarat yang kurang baik, kita harap ia tak kekal. Jika kekal kita lihat banyak aktiviti di sini akan terganggu. Misalnya jika untuk bermain rugbi, sekiranya bola terkeluar jauh dari pagar, mereka terpaksa berjalan jauh untuk ambil bola tersebut.

"Kalau niat kerajaan untuk naik taraf kita tak halang, memang kita tengok banyak kawasan padang di Kuala Lumpur perlu dinaik taraf, tetapi mungkin tak perlu belanja begitu besar, fokus kepada padang bukannya pagar.

"Pagar begini saya rasa agak besar. Jadi kita minta timbalan menteri menjelaskan berapa kos untuk membina pagar sementara ini," soal Fahmi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini je ke idea Mael Lambong ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab sejak PH jatuh Padang Merebok dah naik lalang, lobai Pas & macai Umno dah takde modal nak tunggang agama/isu bangsa utk.demo kat sinun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pagar jenis anti climb mahal plk tu reganya, sblm inflasi aritu 1mp dlm rm300....klau nak upgrade area tu nape x pasang hoarding yg murah tu habis projek blh bg kt org kg buat reban kambing
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari ko tutup Pdg Merbok tu kan baik ko letak pengadang ke.. tembok kecik ke kt laluan pejalan kaki supaya riders Grab tak langgar bontot akak ni. Lagi satu boleh tak trafik light kt kl ni tolong la jgn lama sangat. Msia ni dah la panas bebahang dan terkenal dgn masyarakat yg takde kesabaran. Hijau ke.. merah ke tetap org nak lintas jugak. Cuba la big boss yg kt atas ofis aircond tu turun jengok sekali sekali sistem korang ni effective ke tidak. Rush hour je semak dah mcm bandaraya Dhaka dek!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tgk pagar jenis ni dh naik merata..

projek kroni sapa agaknya tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit tak tau nak buang tang mana..
Dibuat la.pagar
Dolu ada isu juga kan pagar ni..tp tak ingat di mana
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:34 AM | Show all posts
Harap depan Sogo tak kena kan ke selalu je ada perhimpunan disitu menyusahkan orang nak soping nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 12:33 PM | Show all posts
kot kot nanti dataran merdeka pun dipagar sedemikian rupa......
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nmpak sgt gomen back door ni takut kalo rakyat buat demo situ sbb mcm2 isu tgh panas skrg...

Zaman ph dulu rilek2 jah rakyat boleh buat demo berguling situ..dah nama pun negara demokrasi..ko ingat Msia ni negara komunis ke hanatttt nak sekat suara rakyat????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053956 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list