Masakan Restoran Chef Ammar sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pembeli mengkritik hidangan kunafa bersama keju dan sirap itu hingga tular di TikTok.
Menerusi perkongsian TikTok @faruqyusof, dia memaklumkan membeli dua kunafa dengan harga RM56 namun tidak berpuas hati dengan servis restoran itu serta kualiti kunafa yang lembik dan rapuh.
Perkongsian itu meraih perhatian netizen yang mempertikaikan hidangan restoran yang mendakwa menggunakan bahan premium dalam setiap hidangan yang disediakan.
Ada juga netizen yang menyamakan kunafa yang dibeli oleh lelaki itu seperti kek Apollo.
|