CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan terus pantau aktiviti tarekat

[Copy link]
Post time 7-8-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Aminudin (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Trans Naning Ultra NS Challenge 2022, di Tampin, hari ini. Foto ihsan pejabat MB

TAMPIN: Kerajaan negeri sentiasa memantau aktiviti tarekat di negeri ini bagi memastikan ajaran dibawa menepati hukum syarak dan tindakan tegas akan diambil jika ia bertentangan ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata beliau sentiasa mendapat laporan daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) jika berlaku aktiviti menyalahi akidah di negeri ini.

"Kedua-dua jabatan ini bersama pihak berkuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau aktiviti tarekat.

"Kita sentiasa mengambil perhatian serius terdapat sesuatu amalan tarekat kerana ia membabitkan akidah umat Islam dan setakat ini, tarekat pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad dikesan di Seremban saja yang ditutup.


"Daripada maklumat yang kita ada, memang pusat tarekat itu patut ditutup," katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Cabaran Trans Naning Ultra NS Challenge 2022, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani.

Beliau mengulas langkah JMNS bertindak menutup pusat pengamalan tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus yang berpusat di Kampung Jawa, Batu 8, Labu, Seremban, dekat sini, pada 3 Ogos lalu.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, penutupan pusat itu bagi tempoh enam bulan dibuat supaya siasatan lanjut dapat dilakukan sebelum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan, sama ada untuk membatalkan atau tidak pendaftaran tarekat terbabit.
https://www.bharian.com.my/berit ... au-aktiviti-tarekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.505430 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list