CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tanggung sengsara lif rosak masih belum dibaiki

[Copy link]
Post time 6-8-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Seorang ibu bersama tiga anaknya terpaksa menggunakan tangga untuk kerumahnya berikutan tiga buah lif rosak dan masih dalam penyelenggaraan di Blok D Sri Buana PPR Kempas, Johor Bahru. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI



JOHOR BAHRU: Kira-kira 1,500 penduduk di Blok D Sri Buana, PPR Kempas sengsara kerana terpaksa menggunakan tangga apabila tiga buah lif rosak dan masih dalam penyelenggaraan.

Flat setinggi 17 tingkat itu yang menempatkan 324 buah rumah mengalami masalah lif rosak sejak seminggu lalu dan masih belum berfungsi.

Ketua Blok D Sri Buana, Masduki Thavin 68, berkata, masalah lif yang rosak ini me­nimbulkan banyak masalah kepada penduduk yang berurusan untuk turun dan naik.

“Sudah lebih seminggu tiga buah lif di sini mengalami kerosakan dan belum dapat dibaiki, walaupun terdapat kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Penduduk di sini tiada pilihan lain untuk naik atau turun, ada warga emas, orang kelainan upaya, kanak-kanak dan ibu mengandung terpaksa menggunakan tangga,’’ katanya kepada Utusan Malaysia disini.

Menurutnya, dia sudah me­ngadukan hal ini kepada bahagian perumahan untuk segera dibaiki tetapi sehingga kini lif tersebut belum berfungsi dan kerja-kerja pemasangan masih berjalan.

Seorang surirumah Norazizah Sidek 48, berkata, dia yang tinggal di tingkat 9 terpaksa dipapah setiap kali untuk turun dan naik kerana sebelah kakinya telah dipotong akibat kencing manis.

“Setiap kali saya nak turun ke nak naik terpaksa lah ada yang membantu saya mengangkat kerusi roda.

“Saya akan berjalan sambil memegang besi pemegang tangga untuk naik ke tingkat sembilan, suami saya pula baru kemalangan jalan raya,’’ jelasnya.Norazizah berkata dia mengambil masa setengah jam untuk sampai ketingkat sembilan dan ada kalanya hingga 45 minit.

Bagi Nurul Farhana Abdullah 28, dia akan menggunakan tangga untuk turun dan naik seba­nyak lapan kali sehari walaupun tinggal di tingkat 17.

“Saya harap pihak pengurusan dapat menyiap dan membaiki ketiga lif ini dengan segera bagi memudahkan pergerakan penduduk disini untuk berurusan terutama kepada warga emas, kanak-kanak dan OKU,’’ jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi penduduk Norsuzilawati Mohd Nasir 35, berkata, dia bersama anak pe­rempuannya akan memapah ibunya setiap kali untuk ke hospital dari tingkat empat kerana ibunya mengalami sakit asma.

“Ibu saya tidak boleh berjalan jauh apatah lagi turun tangga jadi setiap kali hendak turun dan naik saya bersama anak akan memapah sehingga ke bawah flat.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... asih-belum-dibaiki/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046133 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list