CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Kedah] Peniaga had jualan minyak paket, elak bekalan terputus

[Copy link]
Post time 4-8-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga had jualan minyak paket, elak bekalan terputus

Oleh Hamzah Osman - Ogos 4, 2022 @ 1:04pmbhnews@bh.com.my




Notis 'minyak masak paket tidak dijual kepada pengusaha kedai makan' antara cara mengawal penjualan minyak masak paket ditampal pengusaha sebuah pasar raya di pekan Kuah, Langkawi. NSTP/HAMZAH OSMAN




LANGKAWI: Pengusaha pasar raya dan kedai runcit di daerah ini mengambil inisiatif mengehadkan jualan minyak masak paket satu kilogram kepada pengguna, bagi mengelak stok barangan keperluan itu terputus.

Tinjauan mendapati kebanyakan peniaga pasar raya dan kedai runcit menjual hanya sepaket minyak masak bagi setiap pembeli, selain tidak menjualnya kepada pengusaha kedai makan.

Bagaimanapun, jualan minyak masak botol tidak dihadkan dan harga bagi botol lima kilogram di antara RM38 hingga RM46.50 sebotol bergantung kepada jenama.

Pekerja pasar raya yang mahu dikenali sebagai Imah, berkata pihaknya menampal notis 'minyak masak paket tidak dijual kepada pengusaha kedai makan' lebih seminggu lalu.

"Kekurangan bekalan minyak masak paket sudah berlarutan sejak sambutan Aidiladha lalu sehingga sekarang, jadi kami terpaksa mengehadkan jualan.

"Jika peniaga kedai makan, kami minta mereka membeli minyak masak botol, manakala minyak masak paket hanya untuk isi rumah," katanya ketika ditemui di sini.

Peniaga kedai runcit, Hidayah Mahmud, 25, turut mengakui dia mengehadkan jualan minyak masak paket susulan bekalan sukar diperoleh sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tidak jual minyak masak botol kerana harganya mahal, lagipun ia kurang mendapat permintaan selain perlu membeli dengan modal yang tinggi.

"Permintaan untuk minyak masak paket daripada pengguna amat tinggi, tetapi kami peniaga tak dapat buat apa-apa kerana tiada bekalan," katanya.

Sementara itu, sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bekalan minyak masak paket di pulau ini terganggu setiap akhir bulan kerana masalah kuota.

"Stok (untuk pulau ini) ada tetapi berkurangan, cuma akhir bulan lalu bekalannya merosot agak banyak disebabkan isu kuota, tetapi sudah diselesaikan.

"Kita menggalakkan peniaga mengadakan kawalan kendiri terhadap penjualan minyak masak paket bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068189 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list