Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan menyifatkan tindakan menghantar anggota polis bermasalah ke Sabah adalah salah dan tidak diterima walaupun ia sebahagian daripada prosedur disiplin.
Menerusi laporan Harian Metro, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menghentikan tindakan seumpama itu yang dianggap tidak sensitif serta tidak bertanggungjawab.
"erkara ini perlu diperbetulkan dengan segera. Sabah sudah berdepan ancaman keselamatan seperti lanun, penculikan dan kehadiran anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf.
Sumber Bernama
"Di sebalik semua masalah ini pula, pihak polis menganggap tindakan menempatkan anggota polis bermasalah melindungi keselamatan kita sebagai sesuatu yang bagus.
"Ini semua yang salah dan tidak dapat diterima meskipun ia adalah sebahagian daripada prosedur disiplin," katanya yang turut mempertikaikan rasional tindakan membenarkan anggota polis meneruskan kerja walaupun masih di bawah siasatan jenayah. - CARI
|