CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3688|Reply: 24

Maya Karin Nak Kekal Jadi Pelakon Filem, Belum Sedia Terima Tawaran Drama

[Copy link]
Post time 3-8-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Pelakon yang popular dengan filem Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin, ingin mengekalkan statusnya sebagai pelakon filem dan mengakui belum terfikir untuk menerima mana-mana tawaran berlakon dalam drama.



Tidak mengejar populariti, pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke, 43, itu berkata, isu itu bukanlah hal besar yang boleh mengganggu perjalanan karier seninya.



  



"Untuk lakonan, saya akan kekal untuk filem sahaja. Setakat ini memang belum sentuh mana-mana projek drama televisyen.



"Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar. Walaupun lama tidak muncul, masih ada peminat yang beri sokongan," katanya kepada mStar dalam temubual ketika pelancaran filem Abang Long Fadil 3.



Maya yang turut mengalami 'anxiety' teruk juga mendedahkan masalah itu kembali berulang apabila jadual kerjanya kembali sibuk selepas berehat panjang ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.



Selain berlakon, Maya turut terbuka untuk menerima kembali tawaran sebagai pengacara sekiranya program berkenana menarik.



  



"Selepas dua tahun tidak bekerja dan kembali terbabit dengan pementasan teater Puteri Santubong. Ketika ini memang rasa anxiety teruk sebab sudah lama tidak bekerja.



"Sekarnag ini masih membiasakan diri untuk susun semula jadual kerja termasuk lakukan persiapan mental.



"Kalau ada tawaran jadi pengacara, saya terbuka untuk terima jika program itu menarik. Mungkin rancangan berbentuk travelog. Saya boleh berjalan sambil bekerja," katanya. -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Curlas..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 03:13 PM | Show all posts
ikut lah kak ponti nak buat apa.... kak ponti pun dah tak berapa muda sangat, buatlah apa yang kak ponti suka....janji berkepuk-kepuk dan jangan lupa pakai deodorant.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 11:30 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 3-8-2022 03:13 PM
ikut lah kak ponti nak buat apa.... kak ponti pun dah tak berapa muda sangat, buatlah apa yang kak p ...

Euww... teringat... tiber...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 12:05 PM | Show all posts
erra ziana awie semua pun dh ambik job drama lama dah

selagi ada offer blh lh nk maintain job filem je

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 12:13 PM | Show all posts
ORKA... aset juta juta takpelah nak memilih kerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah reta byk peduli apa nak keje ke tak..tp.tolonglah pakai odorono amway ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:23 PM | Show all posts
she ols ada bau keti ke? nape chuols mention2 suruh pakai deodorant. hakak termiss keretapi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam long fadil 3...tenggelam dia ni bila sebelah lizzy...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kaya kena spedo, buat apa penat2 nak berlakon drama
Berlakon filem sekadar hobi je
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:14 PM | Show all posts
Berlakon filem ni paling lama pun 3 bulan kalau dia watak utama. Lepas tu bila nak siar pawagam, buat lah promosi. Paling lama pun sebulan, lepas tu ambil lah job iklan ke apa. ulang sampai abang jamil mampus.

Pelakon filem Korea yang terkenal pun 1-2filem je berlakon setahun, tapi nampak banyak sebab kadang2 keluar panggung macam tarikh2 dekat2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketiak dia masih bau macham ke, masih nak au naturel tak pakai roll on?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh jd heroin dah
Jd mak heroin boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 5-8-2022 11:04 PM
Dah kaya kena spedo, buat apa penat2 nak berlakon drama
Berlakon filem sekadar hobi je

Vvip mana yg spedo?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk trailer long fadil 3 tu namoak tua bebeno dh maya ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 09:47 AM | Show all posts
dia ingat dia taraf hollywood. taraf indonesia pun lambert lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 11:05 AM | Show all posts
Duit berkepuk2 boleh lah memilih watak filem. Ni klo duit nak makan pun xde. Terpaksa lah amik watak apa2 janji jangan missoru...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak nak keje pon takpe...dah jadi tuan tanah kedaung....g travel jer....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 6-8-2022 12:28 AM
Vvip mana yg spedo?

Kat benang mana tah aritu, ada cerita yg dia nih dapat job tak padan dgn kerja. Sbb bos berbesar hati nk bagi lebih
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam movie x lawa langsung.. Nampak kertu, iras mix pun xda.. Yg lawa masa berlakon filem ponti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.064071 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list