CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 3

Cico Uji Rashid sihat ceria je....

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:47 AM | Show all posts |Read mode
'Syukur keadaan Cico bertambah pulih' - Uji Rashid


S Atan dan isteri, Izan bersama tetamu yang hadir pada majlis sambutan Hari Lahirnya. FOTO Asyraf Hamzah


Kuala Lumpur: Penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid melahirkan perasaan syukur apabila keadaan kesihatan anaknya, Cico bertambah baik.

Menurutnya, secara keseluruhan keadaan Cico semakin okey, namun masih perlahan dari segi percakapan.

"Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, keadaannya makin okey. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar.

"Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah...," katanya yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-73 komposer S. Atan malam tadi.


Cico bersama ibunya, Uji Rashid. FOTO Asyraf Hamzah

Terdahulu pada April 2018, Uji melahirkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf.

Menurutnya, dia geram apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif.

"Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya," katanya kepada Harian Metro.

Cico atau nama sebenarnya Cico Harahap, 44, dikesan berdepan masalah kesihatan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016.

Dia dikatakan diracun dengan cara meletakkan sesuatu dalam minumannya. Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam.

Dalam pada itu, penyanyi popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini meluahkan perasaan kesalnya apabila beberapa portal masih menyiarkan berita yang dianggapnya basi ini.

"Bodoh...bodoh. Orang macam itu bodoh. Dia tengok yang lama kemudian ulang balik dan tulis benda itu.

"Saya memang marah. Yang lama diulang semula. Kenapa? Bukan menolong namanya tapi menjahanamkan orang.

"Bukan apa, kita nak doakan orang sihat. Ini tak ada, mereka sengaja tambah lagi. Sumpahan mulut mereka amat menyakitkan," kata Uji yang berharap cerita-cerita lama ini segera dihentikan.

Menurutnya, pihak terbabit patut buat sesuatu yang boleh menyenangkan dan membahagiakan orang.

"Carilah pahala. Tidak bagus. Kalau kena kepada batang hidung mereka, tahulah.

"Saya memang dah lama sabar. Cico kembali pulih apabila berzikir, solat dan ingat Tuhan. Itu saja yang paling afdal, paling bagus.

"Saya tak halang dia baca artikel begini kalau ada. Suka hati dia kerana dia ada akal fikiran.

"Cuma dia lambat bertindak balas kerana dah terkena dengan orang-orang yang tiada otak dan nak menjahanamkan dia," katanya agak emosi.

Uji bagaimanapun mendoakan agar mereka yang menganiaya Cico bertaubat atas kesalahan mereka.

"Kita doakan juga yang baik-baik untuk mereka. Suatu hari mereka terbuka hati dan taubat iaitu taubat nasuha bukan sekadar di mulut.

"Mak mana yang tak marah jika anaknya diperlakukan begini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ah-pulih-uji-rashid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 10:06 AM | Show all posts
bagus la cico pun berlakon best dulu...puteri impian yoooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 10:08 AM | Show all posts
teruk juga kes cico ni dlu ek? alhamdulillah ok dah nampak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bertambah sihat bradah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046916 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list