Pelakon, Azri Iskandar mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Azra Diera, 43, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Azri yang sudah berusia 54 tahun itu mengakui bahagia selain sudah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
"erancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.
"Kami akan bernikah di Kangar juga dan majlis di sini pun ada. Cuma tarikh saja yang belum ada lagi. Mungkin cuti sekolah akan datang, insya-Allah," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya menjadi mangsa 'love scam', Azri yang juga pelakon Cinta Hilang Kata menafikan perkara berkenaan.
"Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik boleh blah," katanya.
Dalam masa sama, Azri juga memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi gambar majlis pertunangannya sebagai menghormati permintaan keluarga Azra.
"Maaf, Ara dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin nanti," katanya. - CARI
|