CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 1

[Johor] Bayi enam bulan maut tercampak keluar kereta

[Copy link]
Post time 2-8-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Bayi enam bulan maut tercampak keluar kereta



JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar daripada kereta, manakala enam yang lain cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 161.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tangkak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata kemalangan berlaku pada jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika kenderaan PERODUA Alza yang dipandu bapa mangsa berusia 28 tahun bersama isterinya, 28, dan lima yang lain datang dari arah pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir.

"Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta yang dinaiki semua mangsa dari arah pekan Tangkak menghala ke Bukit Gambir hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik ke kawasan berumput.

"Bayi itu terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang lain mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan.

Mohd Fadhil berkata, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat, manakala enam individu itu pula turut menerima rawatan di hospital sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ampak-keluar-kereta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 03:15 PM | Show all posts
x boleh la wehhh sedih bacaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list