CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 2

Pekerja Kilang Maut Kena Bilet Besi

[Copy link]
Post time 2-8-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melakukan siasatan lanjut berhubung kematian seorang pekerja kilang pembuatan logam dilibas bilet besi di kawasan Perindustrian Bukit Raja, di sini baru-baru ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi pada Jumaat lalu, mangsa berusia 51 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena bilet itu yang diangkat menggunakan jentera overhead travelling crane (OTC).




Gambar hiasan




JKKP Selangor berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa berusia 51 tahun sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan tundish atau peranti yang digunakan dalam pemutus logam yang terletak di laluan OTC.


Katanya, operator OTC hanya menyedari mangsa terbaring di kawasan tersebut selepas meletakkan bilet besi di bahagian scrap dari tempat pemunggahan.


“Sewaktu ditemui didapati mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pemilik kilang dan notis larangan serta-merta bagi menghentikan kerja-kerja mengangkat menggunakan OTC.


Tambahnya, notis pembaikan turut dikeluarkan bagi syarikat itu mengadakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja penyenggaraan jentera.


“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.


“Kes disiasat mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” jelasnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 07:36 PM | Show all posts
byk kes mati bila mesin tgh selenggara/baiki......takde/lalai pasal sop atau kwn2 buat taik(i mean x aware srry)

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian lahai… suami siapa lah tu. cari rezeki halal. brp la dpt socso nnt . benda ni jgn dijadikkan alasan pulak oleh biawak2 kenapa depa tknk pegi keja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.379794 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list