CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Kedah] 'Wajah suami berseri-seri'

[Copy link]
Post time 31-7-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Zaleha (baju biru) bersama enam anaknya melihat gambar suaminya yang meninggal dunia akibat tertimbus tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Jitra: "Biasanya suami akan menghantar WhatsApp bertanyakan anak-anak ketika dia sedang bekerja tetapi semalam dia diam saja, saya sangkakan dia bekerja seperti biasa.

"Rupanya ada kejadian buruk berlaku padanya dan saya hanya mengetahui dia ditimbus tanah runtuh pada 11 pagi iaitu hampir dua jam selepas kejadian berlaku melalui media sosial dan berita," kata Zaleha Che Soh, 37.

Zaleha adalah isteri kepada Mohamad Nasir Awang Ali, 40, yang maut selepas ditimbus tanah runtuh di kawasan tapak pembinaan Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah sebelum ini bekerja di kuari pasir berhampiran kawasan itu namun mula bekerja tapak pembinaan di lokasi kejadian sejak enam bulan lalu.

Katanya, sepatutnya semalam, suaminya bercuti menghabiskan masa bersama keluarga sempena cuti Awal Muharam tetapi dia tetapi pergi bekerja kira-kira jam 7.40 pagi.

"Sebelum ke tempat kerja, seperti biasa dia akan cium dahi saya. Saya ada nampak perubahan pada dirinya yang mana dia banyak mendiamkan diri beberapa hari lalu.

"Malah, wajahnya juga berseri-seri. Saya langsung tak sangka dia akan pergi buat selamanya.

"Kini saya hilang tempat bergantung tetapi perlu teruskan hidup demi membesarkan enam anak yang masih kecil berusia antara empat bulan hingga 18 tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wang Tepus, di sini, hari ini.

Zaleha berkata, empat anaknya masih bersekolah iaitu Puteri Atirah Mohamad Nasir, 16, Puteri Nur Mashitoh, 10, Putera Muhammad Fatullah, 6, dan Puteri Nur Auliya Batrishah, 5, manakala anak sulung, Puteri Nur Atikah, 18, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anak bongsunya, Puteri Nur Al Fanisa, empat bulan.

Sementara itu, kakak ketiga mangsa, Rohana Awang Ali, 48, berkata, arwah adiknya seorang yang sangat baik, rajin bekerja dan suka membantu orang lain yang dalam kesusahan.

Katanya, bapa mereka, Awang Ali Madi, 74, meninggal dunia akibat kanser radang paru-paru pada 20 Julai lalu.

"Sejak ayah meninggal, arwah adik lebih dikenali panggilan adik Syed terlalu rapat dengan ibu, Jimat Salleh, 72, hinggakan setiap pagi sebelum pergi kerja, dia tak lupa cium tangan ibu," katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Wang Tepus, di sini, jam 3 petang hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang pemandu jengkaut maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika menjalankan kerja-kerja di tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang.

Mayat mangsa ditemui jam 12.38 tengah hari oleh pasukan bomba dan penyelamat di lokasi pencarian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -suami-berseri-seri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054039 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list