CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1197|Reply: 6

Ramai Kena Rogol, Pengawal Penjara Didakwa Jual Kunci Sel Wanita Kepada Banduan Lelaki

[Copy link]
Post time 29-7-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Banduan wanita di sebuah penjara di Indiana, Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap pihak penjara selepas mendakwa seorang pengawal menjual kunci sel mereka kepada banduan lelaki yang menyerang mereka secara seksual.


Menerusi saman yang difailkan kepada Mahkamah Daerah AS, seramai 28 wanita mengatakan sel mereka di Penjara Clark County di Jeffersonville diceroboh sejurus selepas tengah malam pada 23 Oktober lalu.


Banduan wanita itu menuduh pengawal penjara, David Lowe, memberikan kunci kepada banduan lelaki terbabit dengan bayaran RM4,448.34 (USD1,000).


Foto: NSTP




Mereka berkata, serangan oleh banduan lelaki memakai topeng yang diperbuat daripada tuala dan selimut itu berlangsung selama kira-kira dua jam dan pengawal penjara tidak campur tangan walaupun ada kamera pengawasan,


"Walaupun kejadian itu membabitkan beberapa tahanan lelaki dan berpuluh-puluh mangsa dalam tempoh yang panjang, tidak seorang pun pegawai penjara yang bertugas malam itu membantu plaintif dan mangsa lain," menurut tuntutan mahkamah itu.


"Kegagalan sistematik ini membolehkan ramai banduan lelaki melarikan diri dari penjara selama beberapa jam, mengakibatkan malam keganasan bagi plaintif dan mangsa lain," katanya.


Tuntutan undang-undang mendakwa banduan lelaki meraba banduan wanita, mendedahkan kemaluan mereka, dan membuat kenyataan seksual dan mengancam. Dua daripada wanita itu mendakwa mereka dirogol.


Menurut tuntutan saman itu, walaupun banduan wanita itu adalah mangsa, pegawai penjara menghukum wanita itu, membiarkan lampu menyala berterusan selama 72 jam, meletakkan mereka di 'lockdown' dan merampas barang peribadi.


Selain menamakan Lowe sebagai defendan, tindakan undang-undang itu juga menuduh Sheriff Clark County, Jamey Noel cuai kerana gagal menghalang serangan itu.


"Dia mempunyai tanggungjawab mengawasi untuk memastikan banduan dilindungi dan tidak tertakluk kepada penderaan," kata salah satu tuntutan mahkamah itu.


Lowe, pengawal penjara, memberitahu The Washington Post bahawa banduan mencuri kunci yang memberi mereka akses ke sel wanita dan dia hanya mengetahui mengenai serangan itu beberapa hari kemudian.


Dengan lebih daripada dua juta banduan di penjara, AS mempunyai populasi penjara terbesar di dunia. -CARI


Sumber: Harain Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 03:19 PM | Show all posts
Dah mcm Shawshank Redemtion
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:42 PM | Show all posts
KamikuP replied at 29-7-2022 03:19 PM
Dah mcm Shawshank Redemtion

mn de scene banduan wanita kena assault dlm tu


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:50 PM | Show all posts
mesti ada dendam antara 2 block nih..
kesian klu ada yg trauma, penjara tmpt perbetulkan kesilapan
bukan tempat menambahkan masalah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite Neplix orange apa black new apa tu LOL agaknya macam tu lah yerr senario nyata penjara kat sana... Setan nya Pegawai Penjara yang jual kunci tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 05:16 PM | Show all posts
KamikuP replied at 29-7-2022 03:19 PM
Dah mcm Shawshank Redemtion

apa yang sama?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2024 09:49 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055378 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list