CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1448|Reply: 18

[Tempatan] Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang

[Copy link]
Post time 29-7-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Sukan Komanwel 2022 dilancarkan penuh warna warni, gilang gemilang


Kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama pembawa Jalur Gemilang, Bonnie Bunyau Gustin dan Aifa Azman segak bergaya berarak masuk pada perasmian Sukan Komanwel 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. - Foto AFP

BIRMINGHAM: Ia kini bermula.

Sukan Komanwel Brmingham 2022, kini bermula dengan rasminya selepas acara perasmian penuh gilang-gemilang berlangsung di hadapan 30,000 penonton di Stadium Alexander, Perry Barr di sini, sebentar tadi.

Acara pembukaan yang menerima sentuhan Martin Green yang bereputasi antarabangsa sebagai ketua acara Sukan Olimpik London 2012, selain Steven Knight iaitu pencipta dan penulis siri televisyen yang terkenal 'Peaky Blinders', telah memaparkan 'DNA' BIrmingham dan West Midlands.

https://assets.bharian.com.my/im ... n294_1659051180.jpg
Kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Shahrul Zaman Yahya bersama pembawa Jalur Gemilang, Bonnie Bunyau Gustin dan Aifa Azman segak bergaya berarak masuk pada perasmian Sukan Komanwel 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. - Foto Bernama
Memaparkan bandar raya yang penuh dengan kepelbagaian dan sejarah', pertunjukan yang penuh bertenaga telah dibahagikan kepada beberapa babak iaitu 'Call to Gather', 'Everything to Everybody', 'Hear My Voice' dan 'Raging Bull', dengan pertunjukan lampu yang hebat dan bunga api menakjubkan, yang memenuhi setiap saat di sepanjang acara dua jam setengah yang penuh magis.


Sebahagian persembahan pada Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. - Foto Bernama

Pertunjukan berpaksikan sekitar cerita mengenai Stella, yang dilakonkan oleh Lorell Boyce dan 'The Dreamers' satu kumpulan atlet muda dari sekitar negara-negara Komanwel yang meneroka Birmingham pada waktu lalu dan sekarang.

Sejurus selepas itu, penganjur memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang meraikan Jubli Platinumnya menandakan sambutan ke-70 tahun pemerintahannya, dengan berkongsi kisah keghairahan dan komitmen baginda terhadap Komanwel, bermula dengan ucapan Komanwel pertamanya sebagai seorang puteri raja muda.

Ia diikuti dengan kemunculan boneka gergasi yang mewakili tokoh sastera, pemuzik, dan saintis terkenal dalam sejarah, termasuk penampilan istimewa dari ikon 'senyap' di seluruh dunia, Charlie Chaplin.


Sebahagian persembahan pada Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. - Foto Bernama

Sejurus sebelum 'Hear My Voice', yang mengiktiraf kehadiran ke Birmingham serta wira yang tidak didendang dalam pandemik COVID-19, babak itu bermula dengan aktivis pendidikan wanita Pakistan dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2014 Malala Yousafzai, membuat penampilan istimewa dengan menyampaikan ucapan penuh bertenaga, berkongsi harapannya terhadap penyertaan wanita dalam segenap masyarakat.

Penonton kemudiannya mengalu-alukan kehadiran atlet dan pegawai, dengan tepukan gemuruh dan sorakan yang meriah, ketika mereka berarak ke dalam stadium, dengan Australia menjadi pasukan pertama masuk mengelilingi stadium, manakala Malaysia menjadi pasukan ke-42.

Kontinjen Malaysia, diketuai pemain skuasy wanita Aifa Azman dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin sebagai pembawa bendera, mengetuai 38 atlet dan pegawai termasuk chef de mission (CDM), Datuk Shahrul Zaman Yahya dan timbalannya, Gerard Monteiro.

Semua 'wira' Malaysia berbaju Melayu berbutang lima berwarna putih dan kebaya moden pendek, menampilkan bunga kebangsaan bunga raya, yang diberi nafas baharu dengan abstrak batik lukisan tangan pereka tempatan.


Persembahan bunga api pada Majlis Perasmian Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. - Foto Bernama

Atlet terjun terbaik England Tom Daley merupakan antara atlet yang diberikan penghormatan untuk membawa baton, sebelum diserahkan kepada atlet berasal dari Birmingham yang juga atlet heptatlon, Denise Lewis.

Lewis kemudiannya menyerahkan baton yang mengandungi mesej daripada Ratu,kepada Prince of Wales Putera Charles, yang kemudiannya mengistiharkan pembukaan Sukan Komanwel edisi ke-22.

Ikonik muzik British, Duran Duran melengkapkan majlis pembukaan yang mengagumkan dengan persembahan dua lagu terbaik mereka - 'Tonight United' dan 'Ordinary World' - pada ketika pertunjukan bunga api mewarnai langit Birmingham.

Kira-kira 6,500 atlet daripada 72 negara dan wilayah mengambil bahagian pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung sehingga 8 Ogos ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... rni-gilang-gemilang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 10:40 AM | Show all posts
apesal xtau ada sukan komanwel ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:07 PM | Show all posts
live td pkul berapa


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:55 PM | Show all posts
renko replied at 29-7-2022 10:40 AM
apesal xtau ada sukan komanwel ni

sebab ko tak layan sports channel


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Charles je yg datang. Kuin lizzie kertu wakilkan heols.


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:33 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-7-2022 12:55 PM
sebab ko tak layan sports channel

kat mana2 berita pun kurang highlight pasal ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 29-7-2022 10:40 AM
apesal xtau ada sukan komanwel ni

Bkn ke aritu kluaq benang psl budak mesia ilhamkan maskot sukan komanwel kat birmingham ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:39 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 29-7-2022 02:36 PM
Bkn ke aritu kluaq benang psl budak mesia ilhamkan maskot sukan komanwel kat birmingham ni..

ade tapi ingat lambat lagi
liputan media pun xmeluas
xde lak berita kata kontinjen dah berlepas
xtau la kot terlepas pandang beritanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 02:45 PM | Show all posts
renko replied at 29-7-2022 02:33 PM
kat mana2 berita pun kurang highlight pasal ni

Bulletin Utama TV3 hari2 ada segmen Glory! Glory! Manchester where have you been?

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 02:49 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-7-2022 02:45 PM
Bulletin Utama TV3 hari2 ada segmen Glory! Glory! Manchester where have you been?

nak tunggu segmen sukan bukan main lama iklan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-7-2022 01:38 PM
Charles je yg datang. Kuin lizzie kertu wakilkan heols.

Yang sebenarnya Baginda Queen Elizabeth dah lama dah mati!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-7-2022 03:42 PM
Yang sebenarnya Baginda Queen Elizabeth dah lama dah mati! :2l ...

Kalau mcm tu tak sama level.dgn Tun M 97.


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tau ada sukan komanwel ni sbb terbaca salah seorg pemain squasy harapan malaysia yg terpaksa undur diri sbb accident bbrp minggu sblm sukan ni bermula...dan ada bbrp pemain badminton x join jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 29-7-2022 06:37 PM
sharlenetexas replied at 29-7-2022 03:45 PM
Kalau mcm tu tak sama level.dgn Tun M 97.


Teringat dolu-dolu Sukom98 atokcow ijau buat lawak semasa bagi ucapan depan Baginda Queen Elizabeth yang datang ke Malaysia, nama jah Commonwealth tapi wealthnya tak common-common pun

Dekat Malaysia setiap 5 tahun Agong bertukar-tukar, dan mungkin tukar Perdana Menteri, tetapi dekat England, Perdana Menteri sahaja yang bertukar-tukar setiap 5 tahun, Baginda Queen tetaplah orang yang sama tak reti nak tukar-tukar

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 06:32 PM | Show all posts
teringat ada org share screencap post reddit kat IG

"how is the UK viewed by the rest of the world?"

- The UK is the largest supplier of Independence Days to countries around the world
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tertengok kat twitter team malaysia time perasmian
lawa baju depa pakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2022 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 29-7-2022 02:39 PM
ade tapi ingat lambat lagi
liputan media pun xmeluas
xde lak berita kata kontinjen dah berlepas

Iols mmg tak ikut sukan sgt so takleh nak komen..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-7-2022 03:42 PM
Yang sebenarnya Baginda Queen Elizabeth dah lama dah mati! :2l ...

Apa ni? Teori konspirasi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 08:54 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-7-2022 02:45 PM
Bulletin Utama TV3 hari2 ada segmen Glory! Glory! Manchester where have you been?

Pi aje komanwel2022.rtm.gov.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.127834 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list