CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1985|Reply: 19

Dah 8 Tahun Alami Histeria, Wanita Maut Semasa Jalani Rawatan Tradisional

[Copy link]
Post time 28-7-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Niat seorang wanita untuk merawat penyakitnya secara tradisional bertukar tragedi apabila dia maut ketika menerima rawatan itu di Pandan Perdana, di sini.


Difahamkan mangsa mengalami histeria sejak lapan tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan pakar psikitri di hospital baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada 6.35 petang memaklumkan anak perempuan berusia 41 tahun meninggal dunia.




Gambar Hiasan




Menurutnya, dipercayai mangsa datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu yang lalu.


"Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.


"Siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohamad Farouk berkata, susulan itu, polis menahan wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional pada 7.20 malam semalam.


"Suspek akan ditahan reman pada hari ini di Mahkamah Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
8 tahun hallucination.. jadah apa tak sumbat spital gila.... denial much?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:09 AM | Show all posts
mcm emily rose ke ni


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:09 AM | Show all posts
yg mengubat, tak pepasal sangkut 302
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:18 AM | Show all posts
kalau ada org tua x mati2 sbb ada saka or setan dalam badan. pastu famili panggil perawat, lepas saka keluar org tu pun mati. perawat kena caj membunuh x?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:23 AM | Show all posts
s@s@ replied at 28-7-2022 03:18 AM
kalau ada org tua x mati2 sbb ada saka or setan dalam badan. pastu famili panggil perawat, lepas sak ...

kalau dah umur 70 mati tanpa unsur jenayah dianggap natural cause gittew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mati kat rumah dia kan? bukan kat rumah tokmoh? semgu tu tokmoh berubat caner la agaknya, ujung2 mati
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia lama juga menderita, betul ke histeria atau dia mmg ada masalah mental.
Apalah sebenarny yg berlaku kat dia, bawa rahsia sampai mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus caj 302 tu..tok moh apa sampai mati..dah kenapa pigi dok ngan tok moh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:31 AM | Show all posts
_blackbird replied at 28-7-2022 11:23 AM
kalau dah umur 70 mati tanpa unsur jenayah dianggap natural cause gittew

i see, patut la org tua yg meninggal kt umah dah x payah post mortem apa semua. just report polis je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:14 PM | Show all posts
Kat kampung aku pun pernah jadi. Pompuan tu dikatakan gila hantar berubat dengan bomoh pastu mati. dengarnya teruk kenal pukul. Cuma tak jadi kes polis ja lah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:15 PM | Show all posts
syamzana replied at 28-7-2022 11:23 AM
mati kat rumah dia kan? bukan kat rumah tokmoh? semgu tu tokmoh berubat caner la agaknya, ujung2 mat ...
dipercayai mangsa datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu yang lalu.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah
yang aku faham lain.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:05 PM | Show all posts
s@s@ replied at 28-7-2022 03:31 AM
i see, patut la org tua yg meninggal kt umah dah x payah post mortem apa semua. just report polis  ...

70++ dah sampai average life expectancy.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 28-7-2022 11:18 AM
kalau ada org tua x mati2 sbb ada saka or setan dalam badan. pastu famili panggil perawat, lepas sak ...

Iols fikir klu tokmoh takat baca ayat2 kt tepi xde fizikal contact dgn ongtua tu, xleh sabit pun apa2 kesalahan.

Melainkn tokmoh tu libas2 bdn ongtua tu haa.. ada saksi plak. Post mortem lak kata libasan tu yg sebabkn kematian. Gud bye je la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 04:43 PM | Show all posts
apa tok moh buat, tak pon ksian tok moh berada di waktu dan tmpat yg salah. tiber je mati
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnya jumpa bomoh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 28-7-2022 11:31 AM
Terus caj 302 tu..tok moh apa sampai mati..dah kenapa pigi dok ngan tok moh

Baik mati kat spital.aman2 jer doc buat repot sebab kematian..kambus..abis citer.nak ziarah pun tak boleh.kobit katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Senja2 buat ritual apa2 tah..hantu pun terkejut. Muda lagi arwah ya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:46 PM | Show all posts
takut jadi macam cerita siccin tu la... di hempuk2nya orang tu sampai mati

entah la benda2 ghaib ni iols tak nak la komen lebih2... at the same time tak nak lah jadi in denial rasa benda tu tak wujud... walaupun otak kita ni akan ikut instinct dan anggap benda2 paranormal ni tak wujud (indenial) walaupun benda paranormal pernah berlaku di depan mata...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:47 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055132 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list