CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan salur RM1.41 juta bantu skim strata

[Copy link]
Post time 26-7-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN (tengah) menyempurnakan Majlis Penyampaian Geran Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS). FOTO Mohd Amin Jalil

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.41 juta kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) sebagai inisiatif bagi membantu 282 skim strata kos rendah di seluruh negeri ini, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata inisiatif kewangan secara one-off bernilai RM5,000 setiap satu buat pertama kali itu disalurkan menerusi wakil rakyat setiap kawasan.

Katanya, ia bertujuan membantu penduduk di penempatan terbabit melaksanakan tanggungjawab dari aspek pengurusan, keselamatan dan kebersihan.



"Kita semua maklum beberapa masalah sering melanda skim perumahan berstrata termasuk soal kegagalan JMB atau MC dalam memainkan peranan mereka mengurus dan menyelenggara penempatan berkenaan dengan baik.

"Ini berlaku disebabkan keengganan penduduk itu sendiri untuk memegang jawatan atau mengambil tanggungjawab di dalam JMB atau MC sehingga mengundang banyak masalah terutama membabitkan aspek kebersihan sehingga menjejaskan imej penempatan berkenaan.

"Tambahan pula sikap lepas tangan pemaju di peringkat pengurusan JMB memburukkan lagi keadaan di penempatan berkenaan," katanya selepas Majlis Penyampaian Geran JMB/MC bagi Tahun 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini, semalam.

Yang turut hadir Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali.

Dalam majlis berkenaan sebanyak 113 skim strata kos rendah dalam kawasan MBS menerima bantuan berkenaan berjumlah RM565,000.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, MBS melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) sedang giat memberi kesedaran kepada penduduk di skim perumahan berstrata terbabit mengenai kepentingan pembentukan atau penubuhan JMB atau MC.

Beliau berkata, langkah itu diambil berikutan ketika ini terdapat banyak bangunan bertingkat atau berstrata didirikan umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan ini serta boleh diklasifikasikan sebagai bangunan pencakar langit.

"Bagaimanapun ia tidak memberi apa-apa makna sekiranya bangunan itu tidak ditadbir dan diurus dengan baik dan cekap termasuk dari aspek kebersihan dan keselamatan.

"Menerusi bantuan kewangan ini, kerajaan negeri berharap isu membabitkan skim strata ini dapat dikurang atau diatasi.

"MBS juga sudah diminta supaya sentiasa memantau penubuhan JMB atau MC ini untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik bagi kepentingan dan keselamatan penduduk di penempatan berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-bantu-skim-strata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.071223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list