CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mendiamkan diri tengok dua rakan lemas

[Copy link]
Post time 23-7-2022 04:41 PM | Show all posts |Read mode

MAYAT dua warga Rohingya yang lemas ketika mandi di sungai berdekatan Kampung Bakar Batu di sini, semalam. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Dua warga Rohingya masing-masing seorang remaja dan kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berdekatan Kampung Bakar Batu, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mahmod, 11, dan Nojumullah Bibir Ahmad, 14, hanya ditemui pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.24 pagi tadi.


"Difahamkan, dua mangsa bersama lapan lagi rakan mandi di sungai pada jam 2 petang semalam. Apabila mereka dipercayai lemas, rakan yang lain panik dan bertindak mendiamkan diri.

"Apabila dua mangsa ini tidak pulang ke rumah, bapa mereka mencari rakan anaknya dan mereka memaklumkan kejadian selepas didesak," katanya.

Mohd Riduan berkata, pihaknya membuat pencarian berdasarkan kepada lokasi akhir mangsa yang diberitahu rakan mereka.

"Mayat pertama dijumpai pihak bomba ketika membuat pencarian di permukaan air pada jam 9.50 pagi, sejauh 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.

"Manakala, mangsa kedua dijumpai apabila pihak bomba membuat penyelaman dalam radius 100 meter pada jam 10.35 pagi, juga kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gok-dua-rakan-lemas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.768054 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list