View: 1028|Reply: 8
|
Iqram Dinzly Dah Jelak Dengan Sikap Panas Baran, Tapi Diuji Bila Nak Berubah
[Copy link]
|
|
Pelakon Iqram Dinzly, 41, sudah jelak dengan sikap panas baran, pemarah dan mahu berubah ke arah lebih baik.
Namun katanya, niat untuk berubah ke arah lebih baik dan tenang itu diuji apabila dia perlu bergelut dengan perasaan untuk menjayakan watak Amirul dalam drama Cinta Hilang Kata.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202207/22/202754t6uxnav6jtvknk4r.jpg) Harian Metro
"Ia bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri sudah penat dengan sikap panas baran yang mana jika silap cakap sikit saja sudah melantun.
"Oleh itu, saya cuba untuk memperbaiki diri dan tidak dibelenggu dengan sikap yang sama lagi. Namun, watak Amirul bertentangan dengan ketenangan yang cuba saya terapkan itu.
"Jadi, saya anggap watak kali ini sebagai cabaran dan ujian paling besar yang Allah SWT kurniakan kepada saya. Semuanya perlu saya lalui dalam proses untuk mematangkan saya menjadi seperti hari ini," katanya.
Katanya, keputusannya mewujudkan pelbagai watak dalam diri hanya sebagai eksperimen mental selain turut mengakui sengsara menjadi seorang Iqram Dinzly.
Sejak empat tahun lalu, Iqram mula mencuri perhatian netizen apabila muncul dengan tingkah laku aneh seperti berpakaian tidur wanita dan mempamerkan aksi tarian ghairah di media sosial menggunakan nama Prince Chiki Dinzly.
Tindakannya itu menerima pelbagai reaksi netizen yang melemparkan pelbagai kecaman sehingga dilabel sebagai kurang siuman.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi baru tengok Meletop
Iols think dia bagi statement mcm ini since dia
berganding dgn Sophia Barakbah itu kot. Tengok kat
Meletop obvious Iqram syok dkt dia LOL |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni betul belakon luar dalam. sampai tak tahu siapa dia ni sebenarnya
ke split personality or total telented kompius |
|
|
|
|
|
|
|
mendeluk replied at 22-7-2022 09:59 PM
Tadi baru tengok Meletop
Iols think dia bagi statement mcm ini since dia
Haha. Betul, aku pun perasan mcm dia terfeeling dgn sophia barakbah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada bau2 statement Safiey Alias di situ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berlakon bagus sebenarnya. Hidup watak oleh dia.. Tapi tu lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Zezo replied at 23-7-2022 07:17 AM
Haha. Betul, aku pun perasan mcm dia terfeeling dgn sophia barakbah tu.
Percaya tak dia akan berubah jadi normal balik bila once dia jumpa centa hatiiiiikkkkkk ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hokeh la tu. Heols straight la tu kalau syok kat that girl. Time weng hari tu ingatkan bengkang bengkok |
|
|
|
|
|
|
| |
|