CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3316|Reply: 46

[Tempatan] Sakau didahulukan, kroni-kroni diutamakan

  [Copy link]
Post time 21-7-2022 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 25-2-2024 06:57 AM

KUALA LUMPUR – Setakat 30 Jun lalu, jumlah baki komitmen hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) adalah RM32.08 bilion dengan andaian kadar tukaran wang asing AS$1 bersamaan dengan RM4.50.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tempoh April 2017 hingga Mei lalu, kerajaan menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan sebanyak RM10.85 bilion.

“Bantuan tersebut adalah melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB berikutan masalah kewangan dihadapi 1MDB sebelum ini.

“Selain bantuan kewangan langsung kerajaan, faedah hutang 1MDB turut dibiayai menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang disimpan dalam satu Akaun Amanah di bawah MOF dikenali Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset,” katanya dalam jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat 30 Jun lalu, jumlah dana pemulihan aset 1MDB yang berjaya diperoleh semula adalah RM19.28 bilion daripada beberapa mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura dan dolar Australia.

“Dana ini telah dan akan digunakan bagi tujuan pembayaran hutang 1MDB dengan RM10.84 bilion digunakan untuk pelunasan hutang 1MDB setakat 30 Jun lalu.

“Pada masa ini, dana itu masih berbaki RM8.83 bilion (termasuk hibah dan untung atau rugi tukaran asing),” jelasnya.

Bukan itu sahaja, tambah Tengku Zafrul, proses untuk mendapatkan semula dana 1MDB sedang berjalan dan menyifatkannya sebagai suatu proses rumit dan panjang serta boleh memakan masa bertahun lamanya.

“Ini bukan sahaja melibatkan kerjasama beberapa agensi tempatan dengan asing, malah turut meliputi proses perundangan di mahkamah dan proses rundingan penyelesaian,” katanya.

Tegas beliau lagi, kerajaan tetap komited dalam meneruskan usaha untuk mendapatkan semula semua dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng, sama ada melalui tindakan undang-undang mahupun rundingan penyelesaian.

https://www.kosmo.com.my/2022/07/21/baki-komitmen-hutang-1mdb-rm32-08-bilion/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosskurrr xnk komen ke kt fb

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni hutang yg bagus ke tak bagus? Iols x reti bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 21-7-2022 09:37 PM

Sampai anak cucucicit 7keturunanlah kena bayar hutang tinggalan najib nih..tapi penjilat tetap sujud sukur dapat brim 100ringek setahun

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur… Malaysia masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 21-7-2022 07:37 PM
Ni hutang yg bagus ke tak bagus? Iols x reti bisnes

Soalan yang bijak

Kena tengok jugak hutang tu untuk apa.. kerajaan sememangnya akan berhutang untuk membiayai projek atau membeli aset

Janganlah jadi acik2 bengap yang lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak banyak aih 32b. Hasil mahsul Kedah je dah 43trillion kata Sanuselut Pord Raptorq.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:27 PM | Show all posts
RM32.8 billion hutang beli kalin pelikat & sejadah

Hmmmm ... ok


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok arab tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemaruk-Taikk replied at 21-7-2022 09:02 PM
Tok arab tersenyum sinis

Uol angel ke devil bangkem
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 07:41 AM | Show all posts
kalau nak mintak duit kat Putera arab tu agaknya dia bagi tak? nak tolong dia settlekan hutang pokcik sikit
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 07:43 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 22-7-2022 08:19 AM

kat Jh# L#w ada 1.50 billion

banyak jugak Bijan bagi kat Jh# L#w

entah2 lebih dari 1.50 billion tak

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 07:56 AM | Show all posts
kemaruk replied at 21-7-2022 08:20 PM
Soalan yang bijak

Kena tengok jugak hutang tu untuk apa.. kerajaan sememangnya akan berhutang unt ...

Kimakruk tolong byrkan hutang 1mdubo najib sial tu boleh tak? Menyemak jah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 07:57 AM | Show all posts

Dodol nak like nickname chuols boleh tak? Like like like!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah memang tugas mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 22-7-2022 09:46 AM
Dah memang tugas mereka

Tak penat ke asyik kena berak ciret dlm mulut sama taik najib?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu bkn main gigih macai bengap ckp aset lg besar dari hutang.....cer cukur segala bulu najibun suh byr balik billion2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
jadi. rakyat jelata sekalian la tlg bayarkan balik kan? adekah sbb tu sampai lhdn nak access ke acc rakyat marhein? mujur mahkamah denied
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Marhaen dpt 50 hhhhhhingggit dgn kain pelikat
Jibon dpt berbeliyunnnnnnnnnnnnnn

Anak cucu cicit piut miut  tanggung hutang Jebon seLAMA LAMA sepanjang hayat
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 11:49 PM | Show all posts
kemaruk replied at 21-7-2022 08:20 PM
Soalan yang bijak

Kena tengok jugak hutang tu untuk apa.. kerajaan sememangnya akan berhutang unt ...

dah kalau hutang tu bagus buat apa mof nak bayar hutang sampai 30 billion. beli gambar mahal2 , beli kapal yacht mahal2, joli jam tangan? tu semua hutang bagus?

kau fikir mof orang gov tu bodoh cam kau ke nak bayar hutang yang tak boleh selesai dengan pelaburan terbangsat dalam dunia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.095138 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list