View: 3197|Reply: 49
|
5 Kampung Di Kelantan Diganggu Ketukan Misteri Tengah Malam
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Sejak seminggu lalu, lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, di sini diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah.
Ketukan serta dentuman yang kuat boleh dikatakan berlaku serentak pada awal pagi namun sebaik disiasat, tidak ditemukan pelakunya malah kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding sedangkan bunyi yang terhasil sangat kuat.
Lima kampung yang terbabit adalah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating.
Seorang penduduk Kampung Belimbing, Jasmi Awang Ahmad@Othman, 66, berkata, rumahnya diganggu dengan ketukan kuat selama dua hari berturut-turut sejak dua malam lalu.
Foto: Harian Metro
"Kira-kira jam 1.40 pagi dua malam lalu, kedengaran ketukan bertalu-talu yang sangat kuat di dinding rumah menyebabkan kami sekeluarga terkejut.
"Berbekalkan lampu suluh dan sebilah pedang sebagai menjaga keselamatan, saya keluar untuk melihat apa yang berlaku namun tiada kelibat manusia atau apa-apa yang berlaku.
"Dalam masa yang sama, beberapa penduduk kampung turut berada di luar rumah dan memberitahu perkara yang sama berlaku di rumah masing-masing dan waktunya juga sama menyebabkan kami semua kehairanan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Dia berkata, kejadian yang sama berulang malam seterusnya dan pada waktu yang sama menyebabkan penduduk sekali lagi bingung dan mereka cuba menunggu antara satu hingga dua jam daripada ketukan berlaku untuk mengesan pelaku namun tetap gagal dikenalpasti.
Katanya lagi kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mengesyaki ia berkaitan dengan kejadian jenayah sebaliknya bertanyakan kepada seorang ustaz yang memberitahu ia ada kaitan dengan kejadian mistik.
"Sejak dua kali kejadian itu, kami sering berwaspada dan setiap kali menjelang jam 1 pagi, kami tidak akan melelapkan mata kerana ingin bersedia jika ketukan berlaku," katanya.
Seorang lagi penduduk kampung, Tan Mansor Tuan Kechik, 64, berkata, dia sekeluarga menerima gangguan ketukan pintu bertalu-talu pada malam Selasa lalu dan menyangkakan anaknya yang pulang ke rumah.
Dia berkata, curiga dengan keadaan itu, dia cuba mengintai menerusi tingkap namun tidak kelihatan kelibat anaknya atau sesiapa di luar rumah.
"Bunyinya agak kuat namun saya mengabaikannya walau dalam hati berasa curiga dan rupanya situasi yang saya alami turut dihadapi penduduk lain.
"Keesokan harinya ramai yang bercakap mengenai gangguan ketukan misteri di rumah masing-masing malah ada yang bunyinya sangat kuat walaupun rumah mereka berstruktur batu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes yang sama dua tahun lepas la kot ye. masa tu kecoh dari perak membawak ke sungai besar turun ke klang. pastu time covid senyap. ni dah sampai pantai timur pulak ketukan ni.
i rasa mcm pernah ada la thread ketukan ni kat bod misteri ke apa ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam hal berlaku di sana |
|
|
|
|
|
|
|
ni sambungan misteri ketuk2 masa pkp ke. last tgh ummah londan kena ganggu skang dah balik semula ke tanah air |
|
|
|
|
|
|
|
tempat lain lg kerap bunyi - tmb
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketuk ketuk datang lagi ....
Nyawa Cyst tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Takda ka yang buat meme the knock is back? |
|
|
|
|
|
|
|
Ketukan misteri berpunca hantu-hantu sedang marah dgn kenaikan elaun ketua menteri sarawak dan exco-exco nya. Mereka membuat penentangan dgn elaun menteri tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan pernah terjadi dulu ke
lepas tu senyap kan
so jadi balik ke macam mana ni |
|
|
|
|
|
|
|
bukan pernah terjadi dulu ke
lepas tu senyap kan
so jadi balik ke macam mana ni |
|
|
|
|
|
|
|
hanihan16 replied at 21-7-2022 03:34 PM
ni kes yang sama dua tahun lepas la kot ye. masa tu kecoh dari perak membawak ke sungai besar turun ...
lama ditidurkan kkm kena kobid agaknya skrg dah sembuh sambung tour ketuk2 ramadhan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-7-2022 03:18 AM
Bukan ketukan hantu didalam dinding rumah nak hantar air bersih? |
|
|
|
|
|
|
|
hish, seram da la laki haku minggu nie kojo mlm, tinggal la haku 4 beranak |
|
|
|
|
|
|
|
WeAiNe replied at 21-7-2022 05:20 PM
bukan pernah terjadi dulu ke
lepas tu senyap kan
so jadi balik ke macam mana ni
Saka tak cukup mkn sis… semua mahal sekarang |
|
|
|
|
|
|
| |
|