Gurauan mengenai rogol tidak kelakar dan mereka yang dianiaya perlu bersuara. Normalisasi jenayah seksual antara punca mangsa rogol 'diam'.
Terbaru, seorang pengerusi sebuah kem tahfiz membuat hantaran jelik menerusi hantaran Facebooknya berikutan isu seorang penceramah bebas didakwa merogol pelajar bawah umur.
Tidak diketahui apa motif lelaki ini membuat hantaran sedemikian. Hantaran tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengecam tindakan lelaki tersebut.
Kredit foto - Facebook
Walaubagaimanapun, tinjauan mendapati, hantaran tersebut telah dihapuskan selepas mendapat kecaman netizen. Setakat ini semua akaun media sosial termasuk nombor telefon lelaki ini telah disebarkan.
Sesungguhnya isu dan jenaka rogol ataupun gangguan seksual tidak boleh dijadikan sebagai satu bahan jenaka atau gurauan oleh mana-mana pihak.
Sudah tiba masanya untuk kita memandang lebih serius jenaka rogol dan berhenti menjadikan wanita sebagai simbol perbualan lucah, dan hapuskan normalisasi tersebut daripada diterapkan secara berterusan.
Perlu kita tanya diri sendiri kemusnahan, keruntuhan akidah dan isu moral hari ini bermula dari mana? Jika bukan tangan kita sendiri. -CARI |