CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2242|Reply: 21

Haeriyanto makin pulih

[Copy link]
Post time 20-7-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Haeriyanto makin pulih


Haeriyanto Hassan



Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan pelakon Haeriyanto Hassan, 51, semakin pulih dan tidak perlu berjalan memakai tongkat selepas diserang strok sekitar hujung Februari lalu.

Isterinya Afrinas Arif memaklumkan Haeriyanto juga sudah sedia kembali bekerja dalam masa terdekat di samping menjalani rawatan susulan.

"Alhamdulillah, suami semakin pulih dan sudah boleh menggerakkan tangan kiri serta kakinya. Angkat barang ringan-ringan pun sudah boleh.

"Dia masih lagi perlu menjalani rawatan berterusan sebanyak dua kali seminggu di pusat pemulihan sebagai pesakit luar. Tapi keadaannya sekarang memang sudah bertambah baik dan tak perlu berjalan guna tongkat.

"Suami menetapkan untuk berehat sekitar satu hingga dua bulan sebelum bersedia kembali bekerja. Dia pun memang sudah mendapat tawaran berlakon," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Afrinas dan Haeriyanto menjawab pertanyaan pengikut di TikTok menerusi sebuah sesi 'live'.

Pelakon itu sempat berpesan kepada penghidap strok untuk kuatkan semangat demi pulih daripada penyakit itu.

Pada 26 Februari lalu, Haeriyanto dikejarkan ke Hospital Ampang selepas mengalami serangan angin ahmar ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri tidak boleh bergerak.

Adik iparnya yang juga penyanyi, Oja berkongsi pemeriksaan doktor mendapati ada darah beku bersaiz tiga sentimeter pada bahagian kanan kepalanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... riyanto-makin-pulih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurusnya beliau. Semoga diberikan kesembuhan. Lama tak nampak beliau berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kurusnya.. semoga diberi kesembuhan dan sihat kembali
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:25 PM | Show all posts
lama tak nampak dia berlakon lepastu kurusnya... semoga cepat sembuh dan di permudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak kurus. Moga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberikan kesembuhan. Dia ni adik beradik ke dgn ustz sorang tu. Muka n nama lbh kurang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cokoro replied at 20-7-2022 09:38 PM
Semoga diberikan kesembuhan. Dia ni adik beradik ke dgn ustz sorang tu. Muka n nama lbh kurang

Kan..suara pun sama..x igt pulak nama setaz tu to slalu kluar tv juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cokoro replied at 20-7-2022 09:38 PM
Semoga diberikan kesembuhan. Dia ni adik beradik ke dgn ustz sorang tu. Muka n nama lbh kurang

Baru nk tanya.. rs adik beradik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cokoro replied at 20-7-2022 09:38 PM
Semoga diberikan kesembuhan. Dia ni adik beradik ke dgn ustz sorang tu. Muka n nama lbh kurang

Ramai yang kata adik beradik..tapi ust tu bin rokman.mungkin betulla ada 7 orang berwajah sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:31 AM | Show all posts
Kau berikanlah kesembuhan pada beliau.. Amiinnn..
Dia berlakon jadik jahat pun ok, kelakar pun jadi.
Ustaz nama sama tu pun kelakar.
Sorang lagi pelakon muka iras dia tapi ada parut kat muka.....yang tu kalau watak physco menjadik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:35 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh dan diberi kesempatan lagi belakon.

*tapi tetap ensem bagi kategori dedi2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu masa musa i suka tengok dia ni berlakon, muka can do sangat. dia ni abang rima melati yg kawen dengan marcell tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh pak nobit
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:26 AM | Show all posts
semoga cpt sembuh.. kurusnya
sy sk tgk lakonan pakcik ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:26 AM | Show all posts
hanihan16 replied at 21-7-2022 08:40 AM
dulu masa musa i suka tengok dia ni berlakon, muka can do sangat. dia ni abang rima melati yg kawen  ...

ha ah.. tp tk sure adik beradik sama mak or sama bapak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:03 AM | Show all posts
Allahuakbar, skang musim strok ke?sebab FIL iollss pun sama cam dia ni strok belah kanan sebab ada ketulan darah beku kat otak belah kiri..tapi 2mgu masuk hospital baru meninggal jumaat lepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 11:21 AM | Show all posts
I pun tengok persis sekali muka Haeriyanto ni dengan Ustaz Harryanto.
Nama pun lebih kurang.
Moga cepat sembuh & selamat kembali berkarya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:43 AM | Show all posts
Cokoro replied at 20-7-2022 09:38 PM
Semoga diberikan kesembuhan. Dia ni adik beradik ke dgn ustz sorang tu. Muka n nama lbh kurang

bukan adik beradik. tapi tu la .. dah la rupa paras sgt persis .. nama pun sama. bin je lain2.

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:45 AM | Show all posts
strok ni apa punca nyaa? risau plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:00 PM | Show all posts
moga kita semua dijauhi dari sebarang penyakit merbahaya. kalau hilang mata pencarian susah kan. company senang je..kita sakit dia cari pengganti...kita ni nak survive mcm mana kalau xde kerja.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.079129 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list