CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Padah 'Pot Janda Enon'!

[Copy link]
Post time 20-7-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Pilah: Tindakan memiliki dadah di sarang penagih digelar `pot janda Enon' di ladang kelapa sawit di Felda, Pasoh Tiga di sini, membawa padah apabila seorang penganggur dihukum penjara lima tahun dan 11 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Tertuduh, Noor Azmi Md Noor dari Batu Kikir, Jempol, mengaku salah sebaik dua pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati memiliki dadah berbahaya jenis heroin dan monoacetyImorphines seberat 5 gram pada jam 7.30 pagi 18 April lalu.


Tertuduh didapati memiliki dadah itu ketika berada di pot janda Enon di ladang kelapa sawit di FELDA Pasoh Tiga selepas `sarang' itu diserbu polis.

Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Norma kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan ke atas tertuduh.

Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan apabila didapati menggunakan dan memberikan dadah jenis Morphine kepada diri sendiri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada jam 12 tengah hari 18 April lalu.

Susulan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 ( 1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh pernah disabitkan dan dihukum mengikut seksyen sama pada 2016 dan 2018.

Berikutan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 39C (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Norma kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adah-pot-janda-enon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list