CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

[Johor] Warga emas dikhuatiri lemas

[Copy link]
Post time 20-7-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode

OPERASI mencari warga emas yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada jambatan Sungai Simpang Kanan. FOTO ihsan polis

Batu Pahat: Warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan Sungai Simpang Kanan di Tongkang Pechah, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, di tempat kejadian polis menjumpai sepasang selipar di jambatan berkenaan.

"Polis juga menemukan sebuah motosikal yang ditinggalkan di bahu jalan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.


"Semakan melalui nombor pendaftaran motosikal berkenaan polis mengesan alamat pemilik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat anak mangsa, kali terakhir bapanya dilihat oleh ahli keluarga adalah pada jam 8 pagi semalam.

"Usaha mencari dan menyelamat dijalankan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Seramai 33 pegawai dan anggota serta empat bot penyelamat dihantar ke tempat kejadian," katanya.

Katanya, sehingga kini mangsa yang berumur 68 tahun masih belum dijumpai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-dikhuatiri-lemas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.277269 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list