Khaby Lame warga senegal tiktoker femes berjaya yang tinggal di italy. Setahun lalu semua warga di italy tersentak bila Fanpage Media interview dia dedahkan..
"ya benar saya seorang Muslim, Muslim yang sangat taat patuh pada agama, tak tahu nak cakap apa dah"
- kata Khaby Lame.
Macam tu je, takde susah2 pening2 isu sana sini bagai lah. Kalau nak banding dengan Melayu dua tiga orang yang kutuk-kutuk Islam dalam seminggu ni, bagi Khaby Lame Islam tu mudah. Dia lahir sebagai Muslim dan dia jadi orang Islam. Tapi jangan ingat makan pakai solat je..
Khaby Lame seorang hafiz Al-Quran
Keluarganya pindah ke Italy masa Khaby Lame umur 1 tahun. api pada umur 14 tahun, mak ayah hantar Khaby Lame pulang sorang2 ke Senegal untuk belajar agama Islam secara lebih mendalam, sekolah quran sekitar Dakar dimana dia diajar menjadi hafiz Quran.
Tak Mudah Tapi Mudah bagi Khaby Lame
Dok Italy sejak kecil kot, kalau budak2 lain mana maunya balik kampung miskin takde apa belajar benda takda masa depan nak makan apa nanti? Tapi lek je dia. Bermotivasi sorang2 gitu je.
Lebih Ibadah Banding Orang Lain
Kalau dah hafiz tu mestilah hari2 baca quran kan? Alhamdulillah, nampak je muka gitu tapi lagi hebat dia disisi Allah banding kebanyakan kita. Masyaallah, hebat Khaby Lame ni.
Post time 22-7-2022 07:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni lah baru aku tau kewujudan dia ni. Aku pun tak kenai sapa dia ni mai kot mana pa bala. Nal buat lagu mana...tak dak tiktok. Depa habaq kata tiktok ni ralit. Sat gi kija pa tak jadi ralit dok teanang tiktok
Lebih Ibadah Banding Orang Lain
Kalau dah hafiz tu mestilah hari2 baca quran kan? Alhamdulillah, nampak je muka gitu tapi lagi hebat dia disisi Allah banding kebanyakan kita. Masyaallah, hebat Khaby Lame ni.
puji melambung sangat ni : my schoolmate hafiz jugak and setiap minggu kitorang ngabiskan duit scholship di lantai zouk jalan ampang. tak pun lepak orange. or his pebret place : le queen
pasal ibadah tu hanya Allah yang tahu...
yg iols tahu dia dah kaya raya ramai celebrity terkenal dah kenal dia ya! ada yang siap masuk dlm video dia , footballers, ed sheeran etc...
dia ni betul2 antara manusia yg Tuhan limpahkan rezki dalam keadaan dunia kena bahana Covid. kena buang kerja sbb covid. susah tak der income. buat tiktok bisu suka-suka.... memang tak sangka satu dunia suka... sbb pd aku riak air muka dia kelakar... dengan mata besor dia tu & muka annoying dia.... skrg mewah hidup dia hasil dari tiktok...... Alhamdulillah...
pandai dia cari peluang atas content2 tiktokers sedia ada yg buat content bodoh dia counter balik dgn simple method, dan riak muka dia yg kelakar tak perlu suara apa2 tunjuk tangan je (trademark dia)...