Fizo Omar antara artis yang bersuara mengenai isu rakaman tular lelaki yang mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap Islam.
IG Fizo
Menerusi hantaran di Instagram, Fizo berpendapat individu sebegitu seharusnya diajar dan memerlukan terapi mental disebabkan tindakannya yang dianggap melampau.
Rasa geram dengan apa yang diperkatakan lelaki itu dalam video berkenaan, Fizo menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan setimpal agar tiada lagi individu kurang cerdik mahu berkelakuan biadab sedemikian kelak.
Terdahulu, Berita Harian melaporkan pihak polis telah menahan lelaki yang didakwa keterlaluan mempersenda dan menghina umat Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui satu hantaran video di media sosial pada 17 Julai baru-baru ini.
Sumber: Murai |