CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

[Johor] Polis Johor pula siasat 5 suspek kes penipuan haji

[Copy link]
Post time 18-7-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU: Lima suspek yang ditahan susulan kes penipuan pakej haji yang mempunyai kaitan dengan hampir 400 bakal jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Julai lalu, diserahkan pula kepada Polis Johor untuk siasatan lanjut.

Lima suspek membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 60 tahun itu kini direman tiga hari, dengan Polis Johor mengesahkan sekurang-kurangnya empat laporan diterima berhubung kes terbabit.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata empat laporan itu membabitkan bakal jemaah haji yang terpedaya dengan tawaran visa furada yang ditawarkan sebuah agensi pelancongan.

"Kita akan siasat dahulu kes ini dengan terperinci sebelum berkongsi maklumat lanjut nanti," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim membenarkan permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menahan reman lima suspek terbabit selama tiga hari bermula hari ini.

Pada 9 Julai lalu, polis dilapor menahan lima individu termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan dalam serbuan di ibu negara, yang dipercayai terbabit kes 380 individu ditawarkan pakej haji dan terkandas di KLIA.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, lima individu ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terletak di Danau Kota di Wangsa Maju.

Selain Kuala Lumpur, kelima-lima suspek turut disiasat Polis Selangor untuk kes sama, dengan PDRM melalui kenyataan media mengesahkan 57 laporan polis diterima di seluruh negara berkaitan insiden itu yang membabitkan penipuan pakej haji oleh dua agensi pelancongan dengan kerugian keseluruhan mencecah RM2.37 juta.

Selain Kuala Lumpur, Selangor dan Johor, laporan polis turut diterima di Pahang, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.


Tiga wanita yang juga sebahagian lima suspek kes penipuan pakej haji dibawa ke mahkamah sebelum direman tiga hari untuk siasatan kes di Johor. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
https://www.bharian.com.my/berit ... k-kes-penipuan-haji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.059189 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list