CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2109|Reply: 27

Bapa Nak Jimat Duit Petrol, Anak 11 Tahun Naik Gajah Pergi Sekolah

  [Copy link]
Post time 18-7-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dari wilayah Buriram, Thailand tular di laman TikTok selepas menunggang gajah untuk ke sekolah bagi membantu keluarganya menjimatkan wang perbelanjaan petrol, lapor laman berita Thaiger .


Bapa kanak-kanak berkenaan, Wisanchon Yongram, 38, memberitahu bahawa dia bekerja sebagai penjaga gajah.


Keluarganya memiliki empat ekor gajah iaitu dua gajah betina dan dua gajah jantan. Salah seekor gajah jantan bernama Ole, yang berusia 25 tahun adalah haiwan yang dirakam ditunggang anak perempuannya, Phatcharapha atau Pupae.




Foto: Thaiger




Menurut Wisanchol, Pupae sangat rapat dengan Ole kerana kanak-kanak itu telah ‘bersahabat’ rapat dengan haiwan tersebut sejak kecil.


Pupae membantu keluarganya menjaga Ole dengan memberinya makan dan memandikannya. Dia mula menunggang Ole ketika berusia enam tahun.





Beberapa video yang tular di TikTok menunjukkan Pupae menunggang Ole dan memakai pakaian seragam sekolah ketika melalui kawasan kejiranan di komuniti mereka.


Dia menunggang Ole ke sekolahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah pada setiap hari.





Pada awalnya, rakan sekelasnya dikatakan terkejut melihat haiwan besar itu. Namun kini, mereka sudah terbiasa dengannya dan seronok melihat Ole apabila dia menunggang haiwan itu ke sekolah.  -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
500M pun nak naik motosikal pergi sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti ank dia popular kt sekolah..pastu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:41 PM | Show all posts
hahha chomellll je
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:41 PM | Show all posts
macam panjat pokok je budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos makan minum gajah tak kira pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2022 04:09 PM | Show all posts
kurus n haggard je gajah nye.. sebab dah tua 25 tahun ke sebab tak diberi cukup makan n rehat? suruh gajah tu buat kerja je manjang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 04:13 PM | Show all posts
ko ado pi sekolah naik gajah huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 05:13 PM | Show all posts
naik gajah ko pi sekolah...

aku teringin naik kuda pi kerja. x mo jem..samapi opis ikat kuda kat tepi pokok sebelah opis....hahahhaa....

tapi iouls xde duit nak beli kuda...kahkahkah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:32 AM | Show all posts
Manalah dia parking gajah tu.. Habis semua pokok landskap sekolah dimakannya nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:34 PM | Show all posts
Setengah km jer jarak, jalan kaki pun boleh... so bukan nak jimat petrol, nak menunjuk, aku ada gajah, kau hado?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerlass ko dekk pi skolah naik gajah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:48 PM | Show all posts
500 meter je ingatkan jauh sangat
naik basikal lg cepat dr naik gajah
budak lg pun dah pandai nak show off
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:31 PM | Show all posts
gading die mcm nk bersilang kui masi kui


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan 500km
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 04:55 PM | Show all posts

KANN, tapi mcm kita mana nk cri gajah. nk tak nk guna je lah kereta tapi petrol yg murah. biasa mcm shell ron95
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 10:26 PM | Show all posts
ally9970 replied at 19-7-2022 02:34 PM
Setengah km jer jarak, jalan kaki pun boleh... so bukan nak jimat petrol, nak menunjuk, aku ada gaja ...

kos jugak tu tunggang gajah, nak bagi makan minum gajah tu lagi. baiklah naik motor je, isi minyak full pun boleh pakai lebih dari seminggu kalau setakat jarak 500m tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi tak masuk akal macam mana tentera Abrahah bawak masuk gajah nak robohkan Ka'abah dekat kawasan fadang fasir tandus berdengung tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 08:48 AM | Show all posts
ainamafan replied at 25-7-2022 10:26 PM
kos jugak tu tunggang gajah, nak bagi makan minum gajah tu lagi. baiklah naik motor je, isi minyak ...

Kalau dia tak tunggang gajah tu gi sekolah, kena bagi makan minum jugak, dah dia bela gajah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 08:12 PM | Show all posts
ainamafan replied at 25-7-2022 10:26 PM
kos jugak tu tunggang gajah, nak bagi makan minum gajah tu lagi. baiklah naik motor je, isi minyak ...

betul jgak tu kan, nk jaga mesti pkai duit. klau motor and kereta maintance and minyak je. klau nk murah guna ron95 murah skit. shell ron95 keee, ha ok dh tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9531 Replies : 43
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266283 Replies : 6667
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8180 Replies : 34
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 11016 Replies : 17
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11556 Replies : 87
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 3131 Replies : 0
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 8245 Replies : 46
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6378 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.104436 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list