CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 2

[Tempatan] Pen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dipamerkan

[Copy link]
Post time 17-7-2022 11:56 AM | Show all posts |Read mode

Pen bersejarah digunakan Raja-Raja Melayu pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 yang dipamerkan di Pameran Collectibles Stateroom pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU: Pen yang digunakan untuk menandatangani pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 oleh Raja-Raja Melayu antara 5,000 koleksi kerabat Diraja Kelantan yang mencuri tumpuan di Pameran Collectibles Stateroom di Hotel Grand Riverview di sini pada Sabtu.

Pen bersejarah tersebut digunakan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 antara semua Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillvary di bangunan Kings House, Kuala Lumpur.
Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim Petra yang juga Pengerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) berkata, pen berkenaan digunakan oleh Almarhum Tuanku Perlis untuk menandatangani perjanjian tersebut pada waktu itu.

“Pen itu sekarang ini ada di muzium (Collectible Museum Kelantan) dan banyak orang tak tahu, patut pergi tengok untuk ambil ingatan.
“Saya sendiri berasa bangga kerana kita masih memiliki pen ini tetapi kebanyakan orang tak ambil tahu hal ini. Bagi yang minat sejarah, pen ini amat bernilai,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Pameran Collectibles Stateroom di Hotel Grand Riverview di sini pada Sabtu.

Tengku Abdul Halim melihat usahawan kraftangan besi, Mohd Zaki Husain (kanan) meniup tetuang.
Turut hadir, Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Tengku Abdul Halim berkata, penganjuran pameran oleh kerabat Diraja Kelantan sempena menyemarakkan lagi kedatangan bulan kemerdekaan Ogos ini yang menggunakan konsep bilik ke bilik itu perlu diteruskan pada masa depan.
“Ini kali pertama kita buat pameran di bilik-bilik hotel di Kelantan dan dirasakan bagus kerana ramai yang boleh ambil bahagian. Patut tiap-tiap tahun boleh buat macam ni,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Collectible Museum Kelantan, A Saifullah Sulaiman berkata, juga buat pertama kali mempamerkan koleksi milik Tengku Abdul Halim dan isterinya Tengku Puan Laksamana Kelantan, Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail pada pameran tersebut.

“Seramai 40 peserta turut mengambil bahagian dengan mempamerkan koleksi di 45 bilik hotel berkenaan selama sehari pada Sabtu dengan keselamatan barangan mereka lebih terjamin.
“Setiap bilik memaparkan tema tertentu seperti koleksi lukisan oleh pelukis tersohor Kelantan, koleksi keris, kuda, barangan Diraja, buluh, artifek tradisional dan syiling lama,” katanya. - Sinar Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts


Waah.. berite baik pula kali ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perasan pula Sultan Ibrahim Petra ada anak nama Tg Abdul Halim.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069140 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list