CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 758|Reply: 0

Malaysia rangkul kejuaraan B-19 AFF

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Pemain negara, Faiz Amer Runnizar (kanan) meraikan jaringannya pada minit ke-13 bersama rakan sepasukan ketika aksi final Kejuaraan B-19 AFF menentang Laos di Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 2-0. - Foto ihsan FB FAM

KUALA LUMPUR: Bumi Indonesia sekali lagi menghadirkan tuah buat negara apabila memenangi Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) AFF 2022 dengan menundukkan Laos 2-0 pada aksi final di Stadium Patriot Chandrabhaga, Jakarta sebentar tadi.

Ini adalah kejuaraan kedua buat negara yang mara ke final buat kali keempat berturut-turut selepas berjaya merangkul gelaran sama pada edisi 2018 yang turut berlangsung di Indonesia.

Keputusan itu juga menyaksikan anak buah Hassan Sazali Waras membalas dendam atas kekalahan pada aksi peringkat kumpulan dan menghadiahkan kekalahan pertama buat Laos pada kempen itu.

Malaysia hanya memerlukan 13 minit untuk membocorkan gawang Laos selepas sepakan percuma Faiz Amer Runnizar yang 'ditembak' terus ke gawang Laos berjaya menewaskan Phounin Xayyasone.



Aksi pemain negara ketika menentang Laos pada aksi final Kejuaraan B-19 AFF menentang Laos di Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 2-0. - Foto ihsan FB FAM

Penjaga gol negara, Syahmi Adib Haikal begitu 'sibuk' di gawangnya apabila diuji dengan beberapa percubaan dari dalam kotak penalti namun benteng terakhir itu kental mempertahankan gawangnya daripada dibolosi.

Bersambung babak kedua, Malaysia beroleh peluang keemasan untuk menggandakan kelebihan pada minit ke-61 namun percubaan Faiz Amer yang berada betul betul di hadapan pintu gol Laos melambung tinggi.

Situasi menjadi kian berat buat Laos apabila gol kedua yang dicari Malaysia hadir pada minit ke-76 menerusi tampanan kemas Aliff Izwan Yuslan untuk menewaskan Xayyasone buat kali kedua.

Sementara itu, penentuan tempat ketiga yang turut berlangsung di venue sama pada sebelah petang diungguli Vietnam yang menewaskan Thailand 5-3 menerusi sepakan penentuan penalti selepas terikat 1-1.

Thailand yang juga juara lima kali itu terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Sittha Boonlha pada minit ke-42 namun diikat oleh Nguyen Quoc Viet pada minit ke-53.


Aksi pemain negara ketika menentang Laos pada aksi final Kejuaraan B-19 AFF menentang Laos di Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 2-0. - Foto ihsan FB FAM
https://www.bharian.com.my/sukan ... -kejuaraan-b-19-aff
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list