Sumber Kosmo! Online
Memetik laporan Kosmo! Online, penyanyi yang mulai mencipta nama dalam bidang nyanyian selepas muncul juara program Akademi Fantasia itu mengakui berdebar menanti detik terbang ke kampung halaman kekasihnya di Tawau, Sabah.
Kata Shahir Zawawi, majlis pertunangan mereka sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur namun diubah ke kediaman keluarga pihak perempuan untuk mengambil kesempatan membawa kedua ibu bapanya makan angin.
"Alhamdulillah, segala urusan untuk majlis ini berjalan lancar hasil bantuan keluarga serta kawan terdekat yang sama membuat persiapan akhir.
Sumber Kosmo! Online
"Ikut perancangan awal memang mahu langsungkan majlis pertunangan di KL tetapi selepas berbincang kami putuskan untuk adakan di rumah keluarganya.
"Bukan saja dapat mengenali saudara maranya yang memang ramai di sana, saya juga dapat ambil kesempatan untuk bawa emak abah jalan-jalan di Tawau. Ikutkan empat hari kami ada di sana.
"Dari KL rombongan kami hanya berenam membabitkan saudara terdejat dengan membawa lima dulang hantaran," katanya. - CARI
|