View: 945|Reply: 11
|
Pura-Pura Solat Tepi Mayat, Lelaki Tua Curi 88 Pasang Kening Dan Kelopak Mata Orang Mati
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang warga emas bernama Sayuti dari Kabupaten Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan ditahan polis kerana didakwa mencuri 88 pasang kening dan kelopak mata mayat sejak dua tahun lalu, lapor laman Kompas.
Polis mengesyaki suspek telah mencuri daripada 44 mayat berdasarkan penemuan 44 pasang kening dan kelopak mata di rumahnya.
Sejurus selepas dicuri, Sayuti memberitahu, dia akan mengeringkan setiap pasang kelopak mata dan kulit kening sebelum dibalut menggunakan kertas timah.
Foto: Kompas
Tambahnya, kesemua 88 pasang kening dibaluti timah itu kemudian diletakkan ke dalam beg plastik dan dibawa suspek ke mana-mana sahaja.
Sayuti berkata, dia mencuri kening dan kelopak mata mayat adalah untuk ilmu kebal daripada senjata tajam dan mengubati sakit misteri.
Dia tinggal bersendirian di Kampung Benawa Tengah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Modus operandi Sayuti adalah berpura-pura solat berdekatan mayat semasa waktu ziarah.
Apabila ahli keluarga mayat sibuk melayan tetamu, dia menghiris kening dan kelopak mata mayat dengan pisau cukur dan segera meninggalkan lokasi kejadian.
Perbuatan Sayuti terbongkar selepas salah seorang ahli keluarga menyedari keadaan mata jenazah seperti melepuh dan melihat suspek meninggalkan lokasi dalam keadaan tergesa-gesa. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pelik2 ko curi.. Zaman ni pun nak ilmu kebal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SedihPedih at 15-7-2022 10:48 AM
jap utk apa ni dia curi? mcm2 la org punya aktiviti |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
macamana org lain boleh tak perasan dia amek. pelik meol |
|
|
|
|
|
|
|
kesian si mati jd mngsa. Agknya pengsan fmly tgk muka mayat tiba2 jd lain hilang kening dan kelopak mata |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 15-7-2022 10:51 AM
Elok semua berita indon letak gambar mcm ni
Semak betul berita entah apa2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
anakmak replied at 15-7-2022 11:55 AM
Elok semua berita indon letak gambar mcm ni
Semak betul berita entah apa2 ni
Terima kasih byk2 kpd @matamata yg rekakan imej ni. Iols pinjam saja, sambil2 baca sambil tepek di mana2 yg patut. |
|
|
|
|
|
|
|
mayat2 yg sebelom2 ni tak kantoi pasti ada mulut puaka acik2 bawang kata tgk kelopak mata dah hilang pasti ini balasan tuhan ala2 mastika
padahal kene rembat dek sayuti |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 88 dia curi..cer tembak dia..kalau tak mati tu kebal lah..kalau mati tu nasib ko la |
|
|
|
|
|
|
| |
|