CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Borneo] Visa umrah: Permohonan dibuka mulai hari ini

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:50 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka mulai hari ini.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik kenyataan kementerian itu pada Rabu melaporkan, jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai ini.

Syarat permohonan visa umrah boleh disemak di portal kementerian menerusi pautan https://haj.gov.sa/en/InternalPages/Umrah.

Bagi agensi umrah dan ziarah dari luar Arab Saudi yang ingin memohon lesen perkhidmatan umrah, maklumat lanjut boleh didapati di laman https://umralicense.haj.gov.sa.

“Syarikat agensi umrah dan ziarah juga diingatkan untuk melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, keahlian IATA dan dokumen-dokumen berkaitan<’ katanya seperti dipetik Bernama.

Menurut kenyataan itu, pemohon visa juga disyaratkan telah mengambil vaksinasi Covid-19 yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi, selain mempunyai sijil lengkap vaksinasi yang diperakui sah negara masing-masing bagi menjamin pencegahan penularan Covid-19.


sarawakvoice.com/2022/07/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.362387 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list