CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Pulau Pinang] Beri rebat kepada penduduk terjejas gangguan air

[Copy link]
Post time 14-7-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode


Georgetown: MCA Pulau Pinang meminta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mempertimbangkan pemberian rebat sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terjejas isu gangguan air di seluruh negeri ini pada minggu lalu.

Naib Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Pusat, Tan Yang Pang berkata, beliau turut mendapat maklumat terdapat peniaga dan pemilik premis komersial terutama sektor makanan terpaksa menghentikan operasi mereka selama beberapa hari berikutan masalah bekalan air yang tidak stabil.

"Bekalan terputus secara tiba-tiba dan maklumat berhubung masalah gangguan air diketahui agak lewat menyebabkan mereka tidak sempat melakukan persediaan awal seperti menyimpan bekalan untuk kecemasan.


"Masalah ini dilihat serius kerana ia turut membabitkan premis seperti pusat kebajikan dan hospital dengan kami bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital turut mengambil inisiatif menghantar bekalan air kepada hospital yang memerlukan," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Penyelaras MCA Bukit Mertajam bagaimanapun berterima kasih kepada PBAPP yang bertungkus lumus memulihkan bekalan air tanpa mengira waktu dalam situasi berdepan tekanan daripada pelbagai pihak.

Yang Pang turut mencadangkan satu jawatankuasa khas merentasi negeri dibentuk membabitkan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak dalam usaha membincangkan isu bekalan air mentah di negeri ini sebagai persediaan menghadapi krisis air pada masa depan.

Gangguan bekalan air terbabit berlaku susulan tragedi banjir di Baling, Kedah menyebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi sehingga Loji Rawatan Air Sungai Dua dekat sini terpaksa dihentikan tugas selama empat jam pada Rabu lalu.

Secara keseluruhannya, PBAPP mengambil masa enam hari untuk memulihkan gangguan bekalan air yang dihadapi 660,000 pengguna air berdaftar di negeri itu secara berperingkat.

Lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak setiap hari oleh Perbadanan PBAPP berpunca dari Sungai Muda, Kedah dengan Sungai Muda telah menjadi sumber air mentah utama Pulau Pinang sejak 1973.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rjejas-gangguan-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053007 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list