CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LoveSungmin

[Tempatan] Empat maut, nahas tujuh kenderaan

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pelik la treler sekarang ni punca kemalangan. Eh diorg x cek ke fitness treler ni. Mana org org yg patut cek kenderaan berat ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Kesiannya.

Ipoh belah mana? Aku memang seram kalau lalu dari tapah ke gopeng. Banyak kali juga jumpa mat rempit masuk dalam tayar lori kawasan bukit situ.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:33 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Sebak baca berita macam ni.
Semoga ahli keluarga yang tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
csham replied at 14-7-2022 09:19 AM
Aku pelik la treler sekarang ni punca kemalangan. Eh diorg x cek ke fitness treler ni. Mana org org  ...

nak tuduh rasuah tak baik lah pulak. Kenderaan komersial patutnya kena check puspakom 6 bulan sekali (correct me if i’m wrong)
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya parents drive nak hantar anak keje kat kl..alih2 jadi camni lak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 09:56 AM | Show all posts
puspakom tak perlu wujud pon, takde faedah, gi cek sendiri dah buat semua elok confirm fail, pakai runner tukar sket2 byr sket confirm ok. lori zaman p ramlee pon dok atas jalan lagi. celaka sungguh.

penah aku gi puspakom lepak tepi ngan apek dia ckp " kita punya boss suda bili ini puspakom"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2022 10:11 AM | Show all posts
takziah.. kasihannya..
i memang takut sikit highway belah perak ni..
nak nak kat menora tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 10:25 AM | Show all posts
MissVixen replied at 14-7-2022 09:20 AM
Innalillah. Kesiannya.

Ipoh belah mana? Aku memang seram kalau lalu dari tapah ke gopeng. Banyak k ...

semalam ada yg kata ke jambatan lps exit sunway tu..area tambun la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah, sedihnya hilang ahli keluarga sekaligus gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Empat Sekeluarga Maut: Pemandu Treler Miliki 13 Saman Trafik Direman
Sofea,2 jam lalu2 min read

IPOH, 14 Julai (Bernama) — Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat sekeluarga di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, petang semalam mempunyai 13 rekod kesalahan trafik.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pemandu berusia 34 tahun itu mempunyai saman trafik sejak 2008 sehingga tahun lepas, termasuk tiga daripada saman tersebut adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Polis telah menahan pemandu treler dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki tersebut tidak memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.45 petang semalam dan hasil siasatan mendapati sebuah lori treler tanpa muatan yang dipandu lelaki itu dari arah Taiping menghala ke Bukit Beruntung, Selangor telah merempuh sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga dari arah belakang.

“Akibat daripada rempuhan tersebut, treler dan kereta itu telah menggelongsor ke hadapan lalu melanggar lima buah kenderaan lain yang turut mengalami kerosakan teruk namun kesemua pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash turut meminta orang ramai yang telah menyaksikan kemalangan tersebut supaya menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Tarmini Che Hassan di talian 013-5949441 untuk membantu siasatan kes tersebut.

Mangsa, pesara polis Rahim Ramli, 60, isterinya Siti Petimah Omar, 59, dan dua anak perempuan mereka, Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 10:54 AM | Show all posts
br bln 4 thn ni pencennya tu


al fatihah utk semua yg meninggal

takziah utk family dan kenalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
'Pergi bukan satu tapi empat...'
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: "Sedih, sebab sekali pi (pergi) bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi empat terus hingga saya hilang kata-kata," rintih Muhamad Hazman Rahim.

Muhamad Hazman, 20, adalah anak bongsu kepada pasangan Rahim Ramli, 60 dan Siti Petimah Omar, 59 yang terkorban dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh, Perak, petang semalam.

Turut meninggal dunia, dua kakaknya, Nor Hadirah Rahim, 28, dan Nor Hamizah Rahim, 27 selepas kesemua mereka yang menaiki Proton Persona parah dalam nahas berkenaan.

Muhamad Hazman berkata, dia yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di Perlis dihubungi seorang lagi kakaknya, Nor Fatini, 22, yang memaklumkan kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.

"Pada ketika itu, saya tengah buat kerja yang kemudian kakak (Nor Fatini) sambil menangis memberitahu bahawa mak dan ayah serta dua lagi kakak kami sudah tidak ada (meninggal dunia).

"Baru semalam sahaja saya salam, cium tangan mak, ayah sebelum balik ke Perlis dan maklumkan saya akan balik berjumpa mereka lagi yang kedua-duanya dilihat senyum sahaja, tetapi hari ini mereka dah tiada sampai saya tak tahu nak cakap macam mana.

"Mak ayah serta dua kakak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana semua rutin yang kami jalani seperti biasa sahaja hingga saya tidak jangka mereka pergi dalam keadaan amat mengejut," katanya selepas upacara pengebumian ibu bapa serta dua kakaknya, di sini, awal pagi ini.

Terdahulu, semua jenazah yang dibawa menaiki van berlepas dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 11.30 malam tadi dan tiba di masjid berkenaan dua jam selepas itu.

Suasana pilu menyelubungi lokasi pengebumian empat beranak berkenaan sebaik jenazah tiba untuk dikebumikan.

Keempat-keempat jenazah selamat dikebumikan kira-kira 3 pagi tadi.

Dalam pada itu, Muhamad Hazman berkata, ibu bapanya dalam perjalanan menghantar kakak sulungnya, Nor Hadirah ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di tempat kerja selepas sekian lama bercuti.

"Ia memang menjadi kebiasaan ayah hantar kakak ke sana (ibu negara). Sebelum ini kakak pernah kerja di sana sebelum syarikatnya ditutup dan dia pulang bercuti.

"Apabila syarikatnya dibuka semula, ayah dan mak ditemani seorang lagi kakak (Nor Hamizah) mahu menghantar semula kakak saya, Nor Hadirah tetapi siapa sangka berlaku kejadian seperti ini.

"Semasa cuti baru-baru ini, saya sempat bawa dua kakak saya pergi jalan-jalan, ziarah sanak saudara dan beraya yang ia menjadi aktiviti biasa yang kami sekeluarga lakukan ," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, empat sekeluarga yang menaiki Proton Persona maut akibat tersepit selepas terbabit nahas membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler.

Ketika kejadian kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.

Disiarkan pada: Julai 14, 2022 @ 8:14am
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:00 AM | Show all posts
salam takziah..sedihnye...penah berborak dgn org bwk lori dgn treler ni..dorg ni mana ada check tayar ke pegi puspakom check ke..tayar tu selagi blh pki..dorg pki je smpi terlebih haus...dah tu terlebih muatan plak...dorg ckp bos dorg xnak bazir duit..eh eh kau..geram plak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:00 AM | Show all posts
Al-fatihah (dibaca)...takziah bt keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:12 AM | Show all posts
csham replied at 14-7-2022 01:19 AM
Aku pelik la treler sekarang ni punca kemalangan. Eh diorg x cek ke fitness treler ni. Mana org org  ...

SPAD punya kerja la tu..
tapi SPAD kan dah bubar.. dek kerana xpueh ati kat org2 dlmnya.. ntah le labuu.. hahahaha...

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 14-7-2022 10:55 AM
'Pergi bukan satu tapi empat...'
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Allah... sedih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 11:52 AM | Show all posts
csham replied at 14-7-2022 09:19 AM
Aku pelik la treler sekarang ni punca kemalangan. Eh diorg x cek ke fitness treler ni. Mana org org  ...

mmg tak cek pun...wayang je bnyk..paham2 sendiri la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:57 AM | Show all posts
Edited by white_musk at 14-7-2022 12:00 PM
csham replied at 14-7-2022 09:19 AM
Aku pelik la treler sekarang ni punca kemalangan. Eh diorg x cek ke fitness treler ni. Mana org org  ...

aDik tahu tak nak check check itu semua memerlukan cost?
sarikat tak mahu buang duit walaupun sekupang dua untuk membaiki apa apa yang patut.

konsep mudah

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:01 PM | Show all posts

innalillah... takziah kepada keluarga

persona baru tu kan? ntah2 beli pun pakai duit gratuiti.. sedih betul

treler takde muatan pun sauk banyak kenderaan. ko takde tekan brake langsung ke apaa dengan saman nyer yang berlambak2 tu  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:50 PM | Show all posts
arm_band replied at 14-7-2022 01:01 PM
innalillah... takziah kepada keluarga

persona baru tu kan? ntah2 beli pun pakai duit gratuiti..  ...

xde muatan?
merempit la tu



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.078338 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list