CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Pahang] ‘Sekulah Bateq’ bantu Orang Asli tercicir pelajaran, buta huruf

[Copy link]
Post time 13-7-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode

ANAK Orang Asli etnik Bateq mengikuti pelajaran di kelas di bawah Program Sekulah Bateq menerusi bantuan NGO di Kampung Kuala Atok, berdekatan Kuala Tahan di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD



JERANTUT: Seramai 32 anak Orang Asli etnik Bateq di Kampung Kuala Atok di sini berpeluang mengikuti pelajaran hasil usaha sukarelawan Bird Group Taman Negara (BGTN) dan Ecotourism & Conservation Society of Malaysia (Ecomy) serta dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ini melalui sumbangan bantuan membuka kelas, peralatan belajar dan juga tenaga pengajar sempena Program Komuniti Angkat Sekulah Bateq di kampung tersebut.

Dua lagi NGO adalah Yayasan Hasanah dan Rythm Foundation yang membantu membina kelas, peralatan kerusi dan meja, papan tulis, air bersih, bekalan api (solar), tandas dan bilik mandi bagi kemudahan penduduk dan pelajar di situ.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penyelaras Program Sekulah Bateq, Roslan Abu Kassim berkata, anak Orang Asli terbabit tercicir berikutan sebelum ini masih tidak mempunyai surat kelahiran, kerap berpindah kerana ancaman gajah liar, kedudukan jauh dari Kuala Tahan di samping ketinggalan dalam pembangunan sehingga mereka memperoleh penempatan tetap atas ihsan wakil rakyat serta dibantu kemudahan bekalan air dan tenaga solar.

“BGTN, Ecomy bersama Yayasan Hasanah dan Rythm Foundation bekerjasama melaksanakan program komuniti angkat kaum minoriti ini untuk membela nasib anak-anak Orang Asli di sini khususnya memberikan peluang serta kemudahan pelajaran yang kebanyakannya masih buta huruf termasuk orang dewasa.

“Kesepakatan dan kepakaran kalangan kami turut melengkapkan tempat dan kemudahan belajar serta prasarana bekalan air, tenaga solar untuk penduduk yang tidak mempunyai pendapatan, hanya bergantung hasil hutan dan bantuan luar,” katanya di Kampung Kuala Atok dekat sini semalam.

Menurut Roslan, BGTN dan Ecomy berterima kasih kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang turut membantu anak Orang Asli memperoleh surat kelahiran bagi memudahkan mereka belajar di sekolah kerajaan tahun depan.

Katanya, sehingga kini BGTN dan Ecomy menyediakan empat tenaga pengajar sukarela serta pembantu yang bergilir-gilir mengajar anak Orang Asli di Kelas Sekulah Bateq, setiap Sabtu dan Ahad.

“Kita menerusi bantuan NGO luar juga menyediakan bekalan keperluan dapur kepada keluarga Orang Asli di sini dan makanan untuk pelajar Kelas Sekulah Bateq pada waktu rehat,” katanya.

Roslan selanjutnya memohon sambil berharap NGO supaya dapat membantu anak-anak Orang Asli yang tercicir dalam pelajaran di beberapa buah perkampungan lain di Ulu Tembeling menerusi Program Sekulah Bateq dan Chup Badui Sekulah yang dirintis sejak 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, Tok Batin Orang Asli Kampung Kuala Atok, Batin Terenggan Dayak berkata, kesemua anak-anak Orang Asli di situ tidak mengenal rupa sekolah dan buta huruf sehingga kini.

Ini kerana katanya, senario kesusahan hidup, tinggal tidak menentu tempat serta anak tanpa surat kelahiran sebelum ini menyebabkan anak buahnya tercicir langsung dalam pelajaran dan pembangunan.

“Kelas Sekulah Bateq dapat mengikis kelemahan buat huruf dan akan mencongak peluang serta kemudahan pelajaran formal di sekolah berdekatan apabila memperoleh surat kelahiran daripada kerajaan nanti,” katanya. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... lajaran-buta-huruf/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058519 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list