CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 1

[Kelantan] Perhilitan cari harimau dirempuh kenderaan

[Copy link]
Post time 12-7-2022 03:37 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video yang menunjukkan sebuah kenderaan dirempuh pak belang dalam kejadian di jalan Tok Bok-Selising, Machang. FOTO ihsan pembaca

Machang: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sudah mengerahkan pasukannya untuk mengesan seekor harimau belang yang dirempuh kenderaan ketika melintas jalan di Tok Bok-Selising, pada 7 Julai lalu.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata, operasi bersepadu terus digerakkan oleh Perhilitan Kelantan sebaik menerima aduan berkenaan dan pasukan renjer dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan haiwan itu.

Katanya, pihaknya masih belum dapat menentukan sama ada harimau belang itu betina atau jantan dan siasatan sedang dijalankan.


"Kami percaya harimau belang ini sudah berkeliaran di kawasan itu sejak sekian lama.

"Walau bagaimanapun, setakat ini Jabatan Perhilitan belum pernah menerima sebarang aduan mengenai kehadiran haiwan itu di jajahan berkenaan, namun pihak kami mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pengguna kenderaan yang melalui kawasan itu," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 17 saat apabila seorang pemandu terlanggar seekor harimau belang yang melintas secara mengejut di Jalan Tok Bok-Selising, Machang.

Kejadian jam 11.24 malam itu dirakam oleh kamera hadapan yang terdapat pada kenderaan tersebut.

Harimau belang itu kemudiannya melarikan diri ke semak berhampiran selepas dilanggar oleh kenderaan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dirempuh-kenderaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 09:26 AM | Show all posts
kesian big cat..
semoga pak belang sihat2 sahaja ya..
sakit tu kena langgar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074850 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list