Sumber IG
Sejak kebelakangan ini, pelakon Datin Paduka Eina Azman kembali aktif membintangi beberapa drama tempatan dan yang terbaharu tampil dengan siri The Maid 2.
Kemunculan semula Eina menyebabkan segelintir netizen mempersoalkan tindakannya yang kembali aktif berlakon sedangkan dia kini hidup senang.
Kalau tidak bekerja sekali pun, ia sama sekali tidak menjejaskan kehidupannya apatah lagi suaminya adalah seorang ahli perniagaan berjaya.
"Bila mula-mula aktif karier lakonan semula, ada banyak mulut-mulut yang berkata kepada saya dan mempersoalkan kenapa perlu saya berlakon lagi disebabkan status dah ada semua.
"Saya sudah mulakan karier lakonan ini sejak dari kecil lagi, dari zaman sekolah. Lakonan ini memang minat saya dan pernah menjadi salah satu punca pendapatan serta rezeki dahulu sebelum berkahwin," katanya kepada mStar.
Ibu kepada sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Adrianna Aubrey itu turut memanjatkan rasa syukur kerana memberikan izin untuk sesekali kembali melakukan perkara yang diminatinya.
Kata Eina, suaminya juga lebih suka melihat jika isterinya itu keluar bekerja.
"Alhamdulillah, suami izinkan saya aktif semula berlakon dan dia tidak suka saya duduk rumah sahaja tapi suka lihat saya bekerja.
"Saya sangat gembira kerana suami memberikan sokongan serta galakkan," kata wanita yang suka memasak itu. - CARI
|