CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Khemah kenduri tersangkut atas pokok kelapa'

[Copy link]
Post time 12-7-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode

Klip video berdurasi 20 saat menunjukkan ribut menerbangkan sebuah khemah tular di media sosial sejak petang tadi. - Foto FB Penang Kini

BUTTERWORTH: Sekurang-kurangnya empat rumah di Kampung Jawa Prai, di sini rosak selepas bumbung diterbangkan ribut dalam keadaan hujan lebat, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua daripada rumah berkenaan turut mengalami kerosakan bahagian dinding.

Seorang penduduk, Asrul Affendi, 40, berkata tiga daripada empat rumah tidak berpenghuni manakala keluarga sebuah lagi kediaman menetap di rumah lain.

Katanya, kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

"Kejadian berlaku dalam tempoh kurang lima minit. Angin kuat dan menerbangkan bumbung zink keempat-empat rumah sekelip mata.

"Mujurlah keluarga di sebuah rumah itu sempat menyelamatkan diri selepas menyedari bumbung rumah diterbangkan ribut," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, keluarga terbabit kini menumpang di rumah saudara di Prai.

Klip video berdurasi 20 saat menunjukkan ribut menerbangkan bumbung zink turut tular di media sosial sejak petang tadi.

Kejadian angin kuat dan hujan lebat turut melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang, hari ini.

Sebuah keluarga yang mengadakan kenduri kesyukuran di kampung sama turut mengharungi detik cemas.

Selain bumbung, angin kencang juga menerbangkan khemah kenduri sehingga tersangkut di atas pokok kelapa berhampiran kediaman mereka.

Menurut Muhamad Hafiz Abdul Halim, 35, kenduri berlangsung di rumah kakaknya sebelum ribut melanda dan kira-kira 30 hadirin sedang menjamu selera ketika kejadian.

"Khemah kenduri diterbangkan kira-kira paras pokok kelapa setinggi 20 meter di hadapan rumah.

"Keadaan bertukar huru-hara dan semua tetamu berserta anggota keluarga kelam-kabut melarikan diri ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

"Alhamdulillah, kami selamat dn tidak sesiapa dilaporkan cedera," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-atas-pokok-kelapa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 36072 Replies : 479
Sanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumbang
mojarean_XSanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumb
Views : 6297 Replies : 29
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 109981 Replies : 484
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 86362 Replies : 630
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 9866 Replies : 85
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 5912 Replies : 61
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 21362 Replies : 118
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 55813 Replies : 2785
Bina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar pusat takungan banjir Bohol telah ditanda untuk pembinaan Kondominium dan perumahan Madani?.Netizen bimbang banjir besar bakal berlaku
YgBenarBina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar p
Views : 6863 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.712623 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list