CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Perlis] Lapor segera penipuan pakej haji - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 10-7-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Lapor segera penipuan pakej haji - Raja Muda Perlis

Julai 10, 2022 @ 12:06pm



Individu yang ditawarkan pakej haji oleh sebuah agensi pelancongan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. - Foto Facebook



KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan mereka yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat mengenai penipuan pakej haji supaya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Mereka yang menipu atau digelar sebagai 'scam haji' perlu dibawa ke muka pengadilan supaya tiada lagi yang akan terpedaya dengan penipuan atas nama agama seumpama itu," titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Jabal A'la, Kampung Melayu, Kaki Bukit, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku ke atas sekumpulan bakal haji yang difahamkan ditipu oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menawarkan pakej haji palsu.

"Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang mempromosikan pakej haji furada yang belum tentu ada jaminan untuk sampai ke Tanah Suci.

"Tawaran menarik dengan peluang cepat tanpa menunggu giliran sering kali menjadi faktor utama bakal haji mudah percaya dan akhirnya tertipu," titah baginda.

Baru-baru ini, dilaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan bagi pakej haji visa furada. - BERNAMA






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063985 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list